Jumaat, 17 Jun 2011

kek oren

resepi hari ni masih mengekalkan penggunaan sukatan yg sama butter kek yg lepas... macam yg Maria britau hari tu... butter kek tu asas... jadi kita bole modified ikut suke... jadi kali ni Maria ubahsuai jadi KEK OREN pulak... actually bukan Maria yg ubahsuai - Mak jugak dulu masa kat kampung... Maria meneruskan legasi nya sahaja... so ini mmg kek oren style kampung (kata kawan opis Maria) tapi versi sedap yg amat... ;p

tanpa pewarna atau perasa tambahan... 100% pure juice... ;p

Bahan :
250 gm butter
250 gm tepung kek naik sendiri
200 gm gula kastor
4 biji telur gred A
2 biji buah oren - parut kulit sahaja
20ml / 1 biji perahan jus buah oren (buah yg dah parut kulit tadi ambil sebiji perah jus nye...)
Cara :
* memula kena panaskan oven dgn loyang kek dulu... loyang / tin kek sapu butter rata-rata...*
1. Pukul butter dgn gula hingga kembang gebu dan warna jadi putih.
2. pastu masukkan telur sebiji-sebiji... pukul lagi sampai rata.... masuk jus oren...
3. masukkan tepung dengan parutan kulit oren... masa ni dah tak payah pakai mixer high speed dah... pakai senduk pun bole... gaul rata-rata...
4. tuang adunan dalam loyang / tin kek... bakar selama 40-45 minit pada suhu 180'C
ok... selamat mencuba... ;p

4 ulasan:

  1. pakai sunquick boleh?he~~

    BalasPadam
  2. hai... jalan2 singgah sini. kek oren?? sedappp!

    BalasPadam
  3. bujal : ala tak ori la... ;p

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails