Memaparkan catatan dengan label rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rumah. Papar semua catatan

Selasa, 24 September 2013

selepas banjir kilat itu surut...

sambung lagi cerita pasal banjir kilat jumaat minggu lepas...

oleh sebab masa tu hujan lebat - sangat lebat... dan Maria tak bole akses kerumah sendiri... jadi Maria ambil keputusan untuk balik semula ke KL (ofis)... sebenarnya balik ke KL utk ambil anak balik dari sekolah... yg ofis tu singgah kejap je hantar ofismate yg ada dgn Maria - masa tu ktorg ada kerja diluar...sedang setup prop photobooth di FRIM untuk Hari Keluarga Cawangan Arkitek...singgah rumah kononnya nak ambil tangga... sudah nya langsung tak buat apa pun...

balik dari ambil anak2... terus usung kamera... eceh... perasan macam wartawan edisi siasat pulak... hahaha... tak lupa pakai boot phua chu kang kaler kuning siap-siap... karang klu pakai selipar ada pula yg terbenam dalam lumpur... hehehe

1st mesti semak keliling rumah dulu... Alhamdulillah syukur sangat-sangat sbb rumah Maria terselamat dari dimasuki air... hanya sebahagian laman belakang dan longkang tepi rumah sahaja terdapat selut serta lumpur... maknanya cuma kawasan itu shj lah yg dilalui air banjir tsbt...

kenapa air tak masuk rumah Maria?
emm... ini sebab semasa rumah ini dibina... Maria mengambil sedikit idea binaan masjid...sebelum sampai kedalam rumah, ada 2 mata tangga yg mana binaan rumah Maria ditinggikan dari aras lantai luar rumah... aras lantai luar Maria juga terdapat aras landai menghala ke arah longkang dan juga tanah laman... kalau dikira ketinggian dari aras jalan... kedudukan rumah Maria ada lebih kurang 500cm (1/2 meter) lebih tinggi dari aras jalanraya...

jadi semasa banjir tempohari... air hanya bergenang serta lalu di laman rumah Maria...

jom... tengok gambar-gambar keadaan sekitar selepas hujan... 

depan rumah jiran

depan rumah Maria
betul-betul belakang pintu dapur rumah jiran

kawasan belakang rumah jiran - tempat paling kritikal bila hujan...

culvert yg dibina pemaju - tak mampu menampung air hujan

belakang rumah jiran... dah macam kolam takungan air

semasa hujan lebat, air mencurah turun dari tembok ini seperti air terjun...
 
binaan 'cerdik' pemaju...ada lubang pd dinding tembok...jadi bila hujan air akan meleleh keluar ke laman rumah orang... grrrr... ini mmg bodo...

lagi kawasan belakang rumah

view menghadap belakang rumah Maria pulak...

penghujung tembok - tempat air terjun dalam entry Maria yg lepas

kawasan belakang rumah jiran yg dihujung

dua kawasan jerlus...

tu dia... ada culvert lagi rupanya

di penghujung (laluan menghala ke sungai)... rupanya ada 2 batang culvert bertembung...


dua batang culvert tersebut dialirkan masuk ke sebuah lagi longkang culvert... yg sememangnya tak mampu menampung hujan semasa hujan lebat...

gerammm... setiap kali lihat gambar-gambar ni... mesti rasa geram... mmg Maria akan tulis surat dan membuat aduan tentang perkara ini... kali ini Maria dah tak nak jumpa pemaju tersebut... nak lapor terus kepada MPS... kalau MPS buat dek je (dah kena suap la tuh)... kita hantar report ni ke SPRM... tak pun hantar kat Aduan Rakyat...

panas hati... sebab nya sebelum ini, selama beberapa tahun Maria tinggal di sini, air hanya melimpah memenuhi ruang longkang... tak pernah lagi hingga memasuki rumah... menurut jiran2 yg sediada kalau banjir sekalipun sebab air sungai yg melimpah...

kali ini bukan air sungai yg melimpah... tapi air dari kawasan tanah lebih tinggi turun ke kawasan rendah...lepas tu tak dapat memasuki longkang culvert yg pemaju sediakan... macam mana air nak masuk kalau dah culvert tu separuh penuh dgn lumpur? grrr...

 apa pun Maria bersimpati dgn jiran Maria - Makcik Midah dan Pakcik Manaf... penat diorg membersihkan rumah... paling tak tahan Maria lihat - mereka jemur tilam... kesian diorg...

Selasa, 17 September 2013

yang dikhuatiri akhirnya terjadi

Salam kepada semua sahabat...

emm... ini entry berkaitan rumah saya sekali lagi... kalau tak minat bole klik butang x siap2...
kali ini apa yg telah Maria dan en.ejaM jangkakan telah terjadi... selepas apa yg pemaju belakang rumah kami lakukan pada penghujung Mei lalu... kami telah menjangkakan yg akan berlaku banjir... kami target setahun selepas tali air belakang rumah kami dikambus...

tapi Allah maha kaya... Tuhan tunjukkan kesilapan pemaju itu benar... hasil nya... 

pada Jumaat 13hb September 2013... 
belum setahun selepas aktiviti pembersihan tanah utk pembinaan perumahan baru dibelakang rumah Maria dijalankan...

banjir tersebut dihadapan rumah Maria... semasa sampai disini... Maria tak bole akses masuk ke rumah sendiri... cuba bayangkan perasaan Maria ketika ini... T__T

Maria call jiran-jiran sebelah - rumah Makcik Midah mmg habis dimasuki air... rumah dia mmg paling hampir dengan kawasan yg dibuat 'kolam tadahan air hujan'... jadi bila air melimpah...mmg akan melalui rumah dia terlebih dahulu...

Call lagi jiran depan rumah - Aisyah... tak jawab phone... hati Maria semakin gundah gulana masa ini... macam mana agaknya rumah Maria?...

 sebahagian kenderaan yg 'berani' meredah air... hujan sangat lebat ketika ini... tak dapat nak turun dari kereta... jadi snap dari dlm kereta sahaja...

 org yg jalan kaki pun tak berani nak melintas...

 kedudukan kereta ini berada hampir dengan hadapan rumah Maria...

 hujan sangat lebat ketika ini...



 'air terjun' dari tembok yg dibina oleh pemaju...

sebahagian dari rumah jiran...

 ini keadaan di blakang rumah jiran Maria - penyebab besar berlakunya banjir kilat tempohari...
next entry nnt Maria publish gambar selepas hujan... masa tu selepas air dah surut...



Rabu, 4 September 2013

setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya

Salam Syawal... lagiii... :)

kali ni nak sambung cerita laman rumah... ramai yg telah mengetahui kan, beberapa bulan lepas berlaku rombakan pada laman belakang rumah Maria... untuk satu tempoh masa yg agak lama juga, Maria bersedih dgn apa yg berlaku pada backyard garden Maria... 

tapiiiiiiii...
(panjang punya tapi... hihihi...)
sekarang Maria dah ok... yeay... walaupun sedih dgn apa yg berlaku...dan Maria sendiri agak lambat nak recover kesedihan tu... tapi sekarang, laman belakang rumah Maria dah berwajah baru... hoyeee... suka...suka...

walaupun ruang tersebut telah kecil dan sempit berbanding dulu... tapi Maria dah dapat ruang baru yg lebih tersusun... jadi sekarang ni masih dlm proses membina patch baru... kalau ikutkan untuk raya baru ni mmg tak dapat la pokok2 yg matang dan rimbun... tapi sekurang-kurangnya Maria dah ada landskap baru yg lebih tersusun...

 kontraktor tinggalkan pagar belakang rumah Maria macam ini sahaja selepas diorg selesai bina tembok tersebut... kata nya 'sementara sahaja'... iye la sementara lah sangat...

tak cukup wiremesh sediaada... diorg topup pagar dgn hoarding jer... sampai hati sungguh...pastu hoarding tu pulak boleh je sesapa tolak tarik keluar masuk laman kitaorg... haih...

ok... selepas di hitung kira kos serta aspek keselamatan... en.ejaM pun bertungkus lumus la - buat pagar baru... terima kasih banyak-banyak kat en.ejaM sbb melayan je idea Maria... :)

 pagar baru yang bersifat 'sementara'... tujuannya kalau pemaju nak buat apa-apa lagi kat belakang tu... pagar ni masih boleh dibuka dan pasang semula... tapi mmg kena buka elok-elok la... jangan main kopak jerr...
patch yg ada kat tepi pagar ni, tanah dia Maria tak 'baiki' lagi... tanah bercampur batu + simen... jd sbb tu Maria tak tanam pokok direct atas tanah... lagi pun klu tanam kat tanah... takut pemaju nak buat apa-apa lagi kat sempadan ni... karang naya Maria nak alih pokok banyak-banyak... huhuhu... nanges lagi nnt...

 sebahagian yg ditampung dgn wiremesh utk support pokok kacang botol merayap...
tak siap kemaskan lagi tepi dia... hihihi...

 patch baru... batu-batu paving yg ada Maria susun sebagai pembahagi ruang... sepatutnya patch ni Maria nak tanam pokok2 sayur... tapi oleh sbb benih Maria banyak yg dah 'expired'... dah semai tp tak menjadi... jadi tumpang la letak pasu-pasu pokok lain dulu... sementara benih yg diorder dgn En.Iskandar sampai yerrr... :)

Jumaat, 3 Mei 2013

diam-diam ubi berisi...

lama kita diam... sampai blog langsung takde isi...

Assalamualaikum.

Lama sungguh rasanya Maria tak menulis blog... baik di sini atau pun di Taman Ramuan... kasihan... sungguh blog sangat-sangat terabai kebelakangan ini... T_T

kalau diikutkan terlalu banyak perkara yg berlaku kebelakangan ini... banyak sangat... hinggakan Maria rasa penat + letih dan macam tak mampu nak menanggung... 

tapi hidup ini kan perjuangan... kalau pun ada masalah... anggapkan sahaja masalah tersebut adalah proses mematangkan diri kita... 

*****
ya... Maria ada masalah dgn sempadan kawasan rumah... ini yg sangat besar ketika ini... penat pergi ke Majlis Tempatan... kemudiannya bertekak dgn developer... gara-gara nak cari penyelesaian... dan terkini - tak mustahil Maria akan ke pihak Majlis Tempatan lagi untuk buat aduan - seandainya apa yg pihak developer lakukan dibelakang kawasan rumah Maria tidak menepati garis panduan pembangunan sesuatu kawasan... 

ya - saya pasti kerana ianya  bertujuan untuk melindungi kawasan serta harta kediaman saya sendiri (serta jiran) untuk jangka panjang.

sebagai kakitangan kerajaan yg berkerja dalam bidang pembinaan Maria selalu diingatkan agar buat / bina bangunan / kawasan yg dgn memikirkan agar ianya memberi faedah dan manfaat untuk org ramai yg menggunakannya... jgn buat sesuatu yg membawa mudarat atau menyusahkan org lain...

tapi bila kena kat rumah sendiri... Maria sedih... nampaknya developer serta arkitek dan team mereka yg terlibat bagaikan sedang mengumpul 'saham bahu kiri' utk akhirat nanti... :(

*****
dalam masa yg sama juga... kerja dipejabat tiba-tiba datang mengejut... oleh sbb projek yg Maria terlibat disebut sebagai 'projek politik'... segalanya berlaku dgn tiba-tiba... dan nak drawing juga tiba-tiba... meeting hari Isnin pagi... nak lukisan skala 100 lengkap pada Selasa depan... 

Ya Tuhan... sudah la ahad ini hari mengundi... ada segelintir staff yg mmg dah memohon cuti pada hari isnin sebab balik kampung... habis tu drawing???

buat masa ini team yg terlibat dgn projek instant tersebut - hari-hari kena balik lewat... cuti hari pekerja tempohari pun ktorg datang ofis... weekend ini juga tak mustahil klu ktorg ada dipejabat... owhhhh... penatnyerrrr...

letih bila dpt drawing yg tak lengkap... info tak cukup... ada masalah... dgn solution takde... dan kita kena fikir cara nak baikinya... haduiiii...

kalau kerja kita mengadap drawing je... takpe la juga... ini mana nak pegi meeting jawatankuasa la... bengkel la... buat minit mesyuarat la... laporan la... eh... claim bulan lepas tak buat lagi ???

owhhh... kalau la ada 1/2 dozen tangan yg bole bergerak serentak... hahahaha... 

*****
tapi dalam pada keadaan yg ketat pasal rumah dan pasal kerja... ada juga hal lain yg buat Maria tersenyum... yaaa... harga emas turun minggu lepas... suka la ahkakkk... :)

paling akhir Maria tahu harga emas tinggi mencecah rm185/gram... dan dalam masa minggu lepas... harga emas jatuh kepada rm160/gram... sukaaaa... sangat suka...

yg buat Maria double + triple suka... secara tak sengaja... Maria terjumpa design rantai leher yg hampir sama dgn rantai leher Maria yg hilang kena curi tempohari... tinggal lagi yg Maria jumpa kali ini rekabentuknya tidak sehalus atau secantik pemberian Mak yg telah hilang tempohari... yg Mak bagi hari tu jauh lebih cantik... cuma yg ini sekurang-kurangnya hampir sama... jadi la... janji gembira sbb jumpa design yg hampir sama... :)

dalam letih-letih banyak hal nak uruskan... senyum la jugak... sbb dpt rantai idaman semasa harga emas turun... tapikan... rasa macam emas tu mahal juga sbb beli rantai halus pun habis dekat 2k... camana nak beli rantai yg besar lagi nih?... :(

ok la... babai dulu sementara... ada masa lapang Maria update cerita... gambar banyak + macam-macam tp tak sempat edit... klu yg friend dgn Maria kat fb maybe dah nampak la kut hal belakang rumah Maria... 

apa pun tak kesah la... cobaannnn... 
hidup ini kan sementara... syukur dgn apa yg ada... :)

dah... sambung buat drawing yg belum selesai... byeee...

p/s : hahaha... tajuk propa - takde apa pun yg berisi... ;p

Isnin, 15 Oktober 2012

mengidam ?

saya idamkan panel kaca tingkap lekap berwarna seperti ini...

tapi bukan dengan motif bunga seperti diatas...
saya mahu motif geometri / islamik dengan khat Al-Quran - surah pilihan... 
hampir macam yang ini...

ini gambar di Masjid Besi Putrajaya...
khat atas kaca ini diimport dari Jerman...
errr... tak kan la saya nak import dari jerman pulak kuttt...
panel tingkap lekap saya bukan besar mana pun...
 lagi pun... tak mampu lah saya nak meng-import bagai macam ni...

buatan anak tempatan tiada kah?
siapa tahu pembuat kaca panel hias begini di area KL atau Selangor...
maklumkan saya... TQ

Rabu, 3 Oktober 2012

edisi merendam-rendam...

ya... edisi merendam cawan secara berjemaah...
sebab apa ?...

sebab... Mama geram dgn 'orang-orang kat rumah' yg pandai buat air minum tapi malas nak basuh cawan...
haa... biar la semua cawan-cawan tu kat sinki... nanti kalau nak minum pandai-pandai la buat macam Mr.Bean ye... letak milo, kopi, gula, susu siap-siap dalam mulut pastu tuang air je... ;p
 

Rabu, 15 Ogos 2012

rumah pun raya... ;p

salam 26 Ramadhan 1433

biar gambar bercerita...
sebelum dan selepas...







hehehe... dah macam buat cari benda tersembunyi / berbeza pulak gambarnya... ;p
Maria gunakan cat Mr.Paint Man Pearl Shine warna Hashbrown (kuning) dan Old Spice (merah)
cat premium berasaskan air dengan kemasan kilauan boleh cuci - washable (hahaha... lepas ni kalau Luqman conteng - Mama padam... mesti Luqman tension lepas tu...) 

jaminan produk untuk 5 tahun (sekiranya diaplikasi dengan betul)... bahan cat low odour... low VOC... dgn teknologi Japanese UBAK (maklumat lanjut sila rujuk katalog)... selamat diguna terutamanya kalau mcm Maria ni ada anak yg astma - alah dgn bau cat... ;p

harga?... kalau dibanding dgn jenama terkenal... mesti la yg ini lebih murah... sbb belum popular kat tv lagi... nanti dah popular sure mahal jugak nih... hihihi... tapi Maria tak kisah sangat dgn brand... janji dapat cat yg berkualiti setanding dengan cat mahal... yg penting jimat belanja masa membeli... ;p

(ini kelebihan tempat Maria bekerja... Maria selalu deal dgn supplier bahan binaan bangunan... sekaligus dapat info / ilmu, teknologi juga bahan binaan terkini dipasaran... Alhamdulillah syukur... ilmu yg baik... insyaAllah kita kongsikan...)

ehh... over pulak promo cat Mr.Paint Man ni... hehehe... Cik Julia sila beri saya komisen a.k.a duit raya lepas ni... hihihihi...

Selasa, 14 Ogos 2012

semangat raya...

Salam 25 Ramadhan 1433

sebab kita tutup dapur dan tak jadi buat biskut raya... ;p

 sesi selesaikan skim semula hairline crack dan 'potong'

feature wall lah sangat...

sesi guna roller pula...
dah selesai... living area dah berwajah baru... ;p

tapi kita hangin jugak hari tu... konon en.ejaM janji nak buat keje mengecat waktu malam lepas balik terawih... kata dia 'nanti awak bangun pagi suprise dah siap... ;p
hampeh nan ado nya...

dia pegi buat siang hari ahad hari tu... satu rumah berhabuk sebab dia skim semula mana-mana yg ada hairline crack... pastu dia perintah kita jadi buruh binaan juga - tolong dia 'potong'... hehehe... potong apa?... 'potong' tu istilah tukang cat - cat kemasan keliling frame tingkap, pintu, plug point, border... mana-mana la yg perlu kemasan berus kecil... lepas 'potong' baru bole cat guna roller...
penat tau ahkak jadi tukang potong... ;p

Isnin, 13 Ogos 2012

tanpa rasa bersalah...

Salam 24 Ramadhan 1433

budak ni... buat muka tak bersalah (walaupun memang dah buat salah)... geram je rasa... nasib baik puasa... sabar... 

ntah dari mana datang keinginan 'gatal tangan' dia pun tak tau la Maria... sebelum ni elok je Luqman menconteng kertas... mungkin sebab dah biasa tengok kakak-kakak melukis atas kertas kan... jadi dia ikut je la... 
tapi kali ni Luqman advance...

 dah pandai buat mural kat dinding rumah... sket hari lagi kita buat grafiti ye nak... ;p

bakal dikemaskini untuk hari raya...

emmm... sempat ke?... sempat kot...

Selasa, 6 Mac 2012

rumah kami kat kampung... bahagian ii

hahaha... iye la ada bahagian-bahagian pulak... ok... bagi sesapa yang tak perasan bahagian pertama... boleh refer entry ini - pasal en.batman... ;p

ok kali ni pasal cicakman pulak... hahaha... cicakman la sangat... 
'dia' ni tersesat masuk ke bilik air... dah sah la kan masuk ikut tingkap bilik air... lepas tu... elok malam tu en.ejaM nak tutup tingkap bilik air - terserempak dgn 'dia' ni... 

mak oiii... giler besar... dah tu berbelang-belang... takut dia merayap ntah ke mana-mana... Maria spray ridset kat 'dia' ... nasib la nko... dah Maria halau-halau... dia tak nak keluar balik ikut tingkap tu... lagi nyorok belakang pam tandas... nasib la... tutup tingkap dan pintu bilik air... dan biar...

hasil esok pagi...
 tu dia... bukan pengsan lagi... mati sudah... ni gambar dekat...

gambar jauh sket... korang banding la saiz 'dia' dengan saiz tile bilik air tu ukuran tile lantai adalah 30x30cm...

selamat dah... en.ejaM kebumikan kat tong sampah... ;p

Isnin, 5 Mac 2012

penangan bila ramai...

tak tahu sape punya angkara... bila tanya kat Laila & Nayli... macam-macam version keluar cerita... emmm... lantak la... dah nak jadi gitu... nak buat apa lagi... lagi pun dari awal lagi Maria mmg dah tegur 'design' en.ejaM tu... tapi dia buat gak... kan... dah hancur dah... ;p


patah-riuk masa majlis beday Laila hari tu... dah ramai kanak-kanak kan masa hari tu... nasib la kamu buai... kesian kamu... tapi ok gak... sbb takde pulak aduan kanak-kanak yang cedera sbb jatuh buai... so takpe la... 

emm... agak-agak bila 'zaman' agak nya en.ejaM nak repair balik buai ni... ;p

Rabu, 29 Februari 2012

persediaan

emmm... ini cerita pasal majlis beday laila... actually Maria buat majlis bacaan Yasin dan Doa Selamat... tapi sbb bulan ni pun beday Laila... celebrate sekali la... since Laila merungut 'tak pernah buat hari jadi Laila'... ;p

ok... ini day sblum... hari jumaat Maria cuti... prepare utk kek dan cupcake... dgn goodie sekali...

 isi goodie bags - jelly puding, lollipop, chocostick, biskut bin bin dgn mainan angry bird... benda2 ni semua beli kat kedai borong kat chowkit... kecuali mainan angry bird tu beli kat GM Plaza...

dah siap pack... paper bag putih dgn gambar angry bird tu... Maria beli paper bag putih... pastu buat design sket gambar angry bird - print color... gunting + tampal... Laila dan Nayli yg buat...

 
 dua budak ni bertungkus lumus isi jajan... kakak Laila yg tetiarap dibelakang - dia demam masa ni... ;p

 cuppies on progress... 

 red velvet on going... ni mmg permintaan kakak... nak kek 'merah' dengan gambar angry bird... bertungkus lumus la Mama dia menyediakan... dah la tak pro hias kek... belasah je... rupa akhir dia?... next entry... ;p

 penyeri suasana... ada dua spot belon dlm balang ni... satu lagi tak snap... ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails