Jumaat, 14 Januari 2011

Lasagna... lazatnya...

entry tersesat... hehehe... selalunya publish resepi hari jumaat... ni dah terpublish... lantak ah... esok nak cite ape plak... huhuhuu

ok... ini cubaan kali pertama... atas permintaan kakak Laila yg terpengaruh dgn cerita kartun Garfield... huh
hasil mmg ok... resepi cilok dari blog resepiogy... tapi cara masak ikut suke je la... hehehe... biasa lakan dah senang nak senangkan lagi kerja... ;p

Bahan A.
beberapa keping instant lasagna
Mozarella Cheese

Bahan B : Meat Sauce
1 tin pasta sauce - akak biasa guna Kimball Preggo, yg ni je ada cop halal :)
1 packet minced meat/chicken Ramly
1 tin cendawan butang, buang air, hiris
1 batang celery, hiris
2 bawang besar (guna yg warna hijau muda)
4 biji bawang putih, cincang halus
sedikit lada hitam (kalau tiada pepper mills, tumbukkan biar pecah-pecah sikit)
minyak jagung untuk menumis
sedikit bay leaves
Cara :
1. Panaskan minyak, tumis kedua jenis bawang hingga wangi. Masukkan daging dan kacau hingga daging separuh masak. Masukkan lada hitam. Kacau hingga lada hitam dan daging sebati.
2. Masukkan pasta sauce dan 1/2 tin air (pakai tin pasta tadi). Masukkan cendawan dan masak hingga sedikit pekat.
3. Masukkan celery dan bay leaves. Biarkan sekejap sehingga mendidih semuanya. Tutup api.

Bahan C : White Sauce
1/2 cawan air
2 cawan fresh milk (low fat/full fat, ikut suka)
1/2 cawan butter
1/2 cawan parmesan cheese (kalau takde pun tak pe)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 teaspoon oregano
Cara :
1. Panaskan butter
2. Masukkan oregano, kacau sekejap
3. Masukkan tepung gandum dan kacau
4. Masukkan fresh milk dan air. Masak hingga pekat. Masukkan cheese. Kacau sekejap dan tutup api.

Cara Menyusun :
1. Letak meat sauce dulu. Ratakan dalam loyang.
2. Susun lasagna sheet. Yang instant ni tak perlu di rebus, letak terus. Lasagna sheet kena kecik dari loyang yer. Jangan letak hingga memenuhi loyang, bila masak dia kembang dan nanti dia terkeluar.
3. Letak white sauce
4. Ulang ikut berapa lapis dikehendaki. (Selalunya 2X dah cukup)
5. Pastikan ianya berakhir dengan white sauce.

Masukkan dalam oven. Bila dah separuh masak, bolehlah tabur Mozarella Cheese atas lasagna anda. Teruskan bakar hingga masak.
yeay... dah terbakar dgn jayanya... :)

ceduk pakai senduk... hehehe bertabur la pulak layer dia... so kalau nak hasil yg best... korang masak la dlm kaserol kaca... nampak la layer-layer lasagna korang yg cun tu... ;p

11 ulasan:

  1. ok kak, kompem jadi jiran akak...lalala

    BalasPadam
  2. teringin nak buat tapi aku takde oven..

    BalasPadam
  3. ala... dapat bonus... beli la sebijik... ;p

    BalasPadam
  4. nak buat xreti + malas.. nak jadik jiran akak jugak lah... hihihihi

    BalasPadam
  5. buleh... meh la ramai-ramai berjiran ngan akak :)

    BalasPadam
  6. saya suka makan.. tp x pandai buat.. lebih suka makan yg org buat jer.. hehe

    BalasPadam
  7. kak,
    fyi,ayam brand mushroom tu made in china.
    selalu kita guna yang fresh je.kat cold storage cnfm ada.

    BalasPadam
  8. Syida : yg ni pun sama... ni je ada tanda halal Jakim... nak ke cold storage tu... jauh la.... :(

    BalasPadam
  9. Uji,

    Hari ni kan memang Jumaat...Betul la entry resepi tu publish ari ni..Ke esok Jumaat lagi...

    Ala sian adik akak ni banyak sangat makan ubat high dose...

    BalasPadam
  10. ala kak...bukan entry ni kuar hari khamis ke...adoi la... celaru dah kepala otak nih... huhuhuhuhh...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails