Jumaat, 19 November 2010

spaghetti carbonara versi lidah melayu

salam kawan-kawan...

hah minggu ini masak western... raya-raya ni kan... asyik rendang ketupat je... ok kali ni resepi simple... tapi sedap... sesuai dihidang utk menjamu tetamu...
apalagi... semak resepi...

Bahan :
250 gm spagheti
2 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bwg putih - ketuk
1/2 biji bwg besar saiz sederhana - cincang halus
5-7 biji cili api - cincang halus (tak nak pun bole... ada lagi sedap!)
serbuk lada sulah / lada hitam secukupnya
garam secukup rasa
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar mentega
keju parmesan secukupnya
serbuk parsli kering secukupnya
(hehehe... best kan... semua 'secukupnya'... )
additional:
capsicum - 3 warna - merah hijau kuning - potong dadu
cauliflower - potong kecil
3 btg sosej - potong bulat-bulat

Cara:
1. Rebus pasta dgn sedikit garam dan minyak zaitun hingga masak dan toskan.
2. Panaskan minyak zaitun dlm kuali. Tumis bawang putih dan bwg besar hingga naik bau.
3. Masukkan pasta dan 1/2 cawan air rebusan pasta. Masuk sekali capsicum, cauliflower dan sosej. Gaul rata.
4. Masukkan mentega, mayonis dan cili padi. Gaul lagi. masa ni mmg nampak berkuah, biar kering sikit.
5. Masukkan garam dan serbuk lada sulah/lada hitam. perasakan. gaul rata.
6. Sedia utk dihidang. Untuk menghidang, letak pasta di dalam pinggan, taburkan dgn keju parmesan dan serbuk daun parsli.

ok... bole mamam dah ;p
peminat pasta tegar... makan sampai 2 pinggan!!!

sumber resepi : majalah rasa disember 2010... tapi Maria dah modified sket... ;p

4 ulasan:

  1. wahhh... menarik
    tp klu buat kt umah ni...
    sy rasa sy je makan...

    BalasPadam
  2. tgk model tu mkn cam terliur plak ni kak. lapo lapo

    BalasPadam
  3. buat je cikbedah... nnt bila diorg bau sedap... upe pun menyelerakan... sure diorg makan... ;p

    BalasPadam
  4. hehehe... sila nOj... sila emput makan...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails