Sabtu, 20 November 2010

cepatnya dah hari Sabtu... cuti sekolah dah bermula...

salam kawan-kawan...

 sekejap je kan... dah habis setahun kakak Laila bersekolah dalam tahun satu... hari ni dekat sekolah kakak ada sesi orentasi untuk pelajar tahun satu... dituruti dgn mesyuarat AJK PIBG... ianya merupakan mesyuarat akhir sebelum mesyuarat Agung dan pembubaran AJK PIBG pada tahun ini...

YDP PIBG (pengerusi) tahun ini awal-awal sudah memaklumkan bahawa beliau sudah bertukar jabatan ke Terengganu... huhuhu... sayangnya orang yg berkaliber seperti beliau sudah tidak bersama dgn sekolah ini... begitu juga Naib YDP beliau juga bagi 'hint' yg tahun depan beliau akan berpindah... aduh la... sorang lagi...

sebagai AJK akak mmg suke utk kenal 'org-org' seperti ini... kaya pengalaman... tahu pelbagai keadaan semasa... banyak kabel... kita bole belajar bagaimana membina jaringan persahabatan dan mengekalkannya dgn org-org sebegini... hubungan yg baik InsyaAllah akan membawa kepada situasi yg baik juga...

yup... akak letih selepas mesyuarat berakhir... ingatkan boleh terus pulang... dah tengahari kan... tapi YDP mengajak akak utk melawat tapak pembinaan astaka utk sekolah tersebut... katanya dah mengambil sebahagian ruang padang... oleh sbb akak berkerja dgn JKR dan mempunyai kemahiran membaca pelan... jadi pergi la... tinjau-tinjau... kasihannya pihak sekolah tidak mendapat salinan pelan tersebut walaupun pembangunan tersebut utk sekolah... hummm tak pe la... tengok je la pelan yg kontraktor ada...

oh ya... misi ktorg sebagai AJK tahun ini sememangnya sgt2 berkehendak cadangan membina astaka di padang sekolah jadi kenyataan... Alhamdulillah... pembinaan nya dah pun di mulakan... ada lagi naiktaraf utk surau juga pada masa cuti sekolah ini... begitu juga cadangan utk mengadakan bilik persalinan bagi pelajar perempuan... harap-harap semuanya berjalan lancar semasa cuti sekolah ini... dan apabila sesi persekolahan tahun depan bermula 2 Januari 2011... 3 perkara di atas sudah pun selesai dan bole digunakan oleh para pelajar... Amin

apa lagi ye?... dah la panjang plak cite... malas korang nak baca yek?... :(

eh... nak share sket nasihat dari bos lama akak...
bila kita tak mampu menyumbang wang ringgit... sumbang lah tenaga, idea, ilham serta kreativiti kita... selagi apa yg kita buat ikhlas membantu memudahkan 'org menuntut ilmu' insyaAllah akan ada ganjaran dari Nya...

thanks En. Is atas nasihat tersebut... :)
atas sbb itu la akak 'menyibuk' dlm PIBG sekolah... biar pun ada yg mengata 'saje nak glamer la tu'... lantak la... aku tak luak pun... apa yg penting keselesaan sekolah tersebut bukan anak aku je yg guna... anak org yg mengata tu pun guna juga... hampeh!!!

3 ulasan:

  1. biasalah kak...
    mana ada orang nak nengok kita senang...
    ada jek tak kena dimata dia...
    beh pe nyibuk ke arah gitu...
    leh kita sumbangkan pe yang patut kan...kan...kan...

    BalasPadam
  2. hmmm... payahkan... itu la melayu... masing-masing ada pHd... susah nak kata... :)

    BalasPadam
  3. salam kenal - sy new follower maria. Sekolah anak kita sama....tp anak saya baru nak masuk tahun satu. ari tu pergi orentasi sekolah seronok sgt dia. Cikgu2 pun sgt friendly.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails