Selasa, 12 April 2011

telur oh telur... tulen ke tiruan ?

ini mmg entry copypaste (hehehe terus terang...) sumber copy dari sini
tapi serius isu ni penting... MAKANAN nih !!!...

hari-hari pun lauk kalau takde telur dadar, ada telur mata... tak pun dalam goreng mee/nasi pun letak telur... buat kek bubuh telur... buat kuih pun letak telur... anak-anak pun suke telur rebus... arrgghhh... telur nihhh...

Baru-baru ini, kecoh 1 Malaysia tentang telur tiruan @ telur palsu. Telur-telur tiruan yang dihasilkan di Cina ini di import ke Malaysia dan dipasarkan dengan harga yang murah berbanding telur asli
Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), telur tiruan mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan. Lebih membimbangkan, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang HARAM dimakan oleh orang Islam.
Berikut ini kami kongsikan Cara Untuk Mengenalpasti Telur Tiruan:

  • Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  • Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  • Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  • Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  • Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  • Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  • Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  • Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh. 
Tips membeli telur agar tidak terbeli telur tiruan.
  1. Tengok kulit telur betul-betul. Pastikan anda membeli telur yang pada kulitnya masih terlekat ‘tahi’.(ini tip paling logik + mudah digunapakai... pada saya la... ) Jangan beli telur yang kulitnya bersih sebab kulit telur tiruan semuanya bersih dan berkilat. AWAS! Jangan tertipu dengan kulit yang cantik!
  2. Goncang telur. Kalau ada bunyi berkocak seperti air, jangan beli. Kerana telur tiruan akan berbunyi bila digoncang.
Bagaimana telur tiruan dihasilkan
  • Cangkerang telur diperbuat daripada kalsium karbonat.
  • Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.
  • Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur.
  • Cengkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. 
* takde keje gaknya diorg tu pegi buat telur... dah la tu ada side effect... nyusahkan orang je la... nyampah akak... :(

6 ulasan:

  1. skrg ni sebelum guna telur harus lynn teliti dulu tiruan ooo tulen....

    BalasPadam
  2. Lynn : malam tadi dah keluar berita, kat Malaysia takde telur tiruan... tp lepas ni sure telur naik harga sbb nak kena cop pulak 'sah dari ladang'... ;p

    BalasPadam
  3. saje je trick nak naikkan harga telur.lepas ni sila ternak ayam belakang rumah masing2.

    BalasPadam
  4. bijik nye lahai manusia ni. telur pun boleh buat sendiri.

    BalasPadam
  5. Syida : mmg konspirasi menaikkan rege telur kan...
    aku tak nak bela ayam bukan ape... nnt blakang rumah busuk ngan taik ayam... walaupun bole buat baja... aku tanakkkkk...

    BalasPadam
  6. nOj : bole buat ade side effect pun tak elok juga... :(

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails