Khamis, 13 Disember 2012

bahasa sms

hari ni kat hot fm sibuk pasal topik bahasa sms... puncanya di kat suratkhabar hari ini keluar berkenaan hasil kajian pelajar UKM yang mengatakan penggunaan bahasa sms yang semakin kritikal... kritikalnya kerana ada segelintir pelajar menggunakan 'bahasa sms' didalam menjawab peperiksaan... OMG... haha...

ok... pada Maria... bahasa sms ni boleh je nak guna... tapi untuk urusan bukan rasmi... ye la kata untuk sms...tu ok lagi... untuk urusan rasmi bahasa sms ni memang salah, sungguh tak sesuai... sure lepas ni SUBJEK BAHASA MELAYU akan jadi matapelajaran yang sangat susah untuk budak-budak sekarang... 

tapi kena ingat (Maria tau ada org yg suka bahasa sms ni)... contoh (baca betul-betul - CONTOH)... macam Maria kerja di jabatan kerajaan... semua urusan surat menyurat... laporan kerja... minit mesyuarat... memo... di tulis menggunakan bahasa rasmi... tidak dibuat menggunakan bahasa sms... lagi pun... takkan nak buat resume minta kerja guna bahasa sms kan - tak sesuai...

skrg ni yang galak menggunakan sms biasanya remaja... adik-adik kita ini semua belum bekerja... yang kebanyakannya masih di bangku sekolah lagi - masih tak nampak kepentingan bahasa rasmi kita bahasa melayu dalam penggunaan harian... yang mereka guna masa sms, masa ber-facebook... memang la best... nanti bila dah mula masuk alam kerja... baru tau nak guna bahasa sms ke bahasa melayu rasmi... masa tu baru tau pening kepala nak menyusun ayat... :) 

ok... tak perlu jauh la... bila dah masuk IPT je... bila buat assignment atau presentation... tak kan guna bahasa sms kan?... tak sesuai la...
* cadangan sesetengah pihak yang mengatakan DBP perlu buat satu kamus bahasa sms, Maria rasa tak perlu la... taraf bahasa sms ni sama macam bahasa rojak je... takkan sampai nak dibuat kamus pulak... haih... lain org lain kepala - lain short form nya... huh...

** cuba bayangkan akan datang - novel ditulis dengan bahasa sms... haha... best ke nak baca?




1 ulasan:

  1. Itu lah peningnya. Kalau ada rakan saya hantar mesej (apa2 platform) lebih daripada 3 ayat guna bahasa SMS, saya buat tak tahu sahaja. Prinsip saya, jika ada keyboard, kenapa nak tulis SMS?

    Saya kategorikan bahasa Alien. Tak dapat bayang nak baca novel guna bahasa Alien. Peluh saya membacanya!

    (tapi memang perlu didik dari kecil lagi. Nanti kalau sudah terbiasa, sampaikan hantar tugasan pun SMS.)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails