Jumaat, 2 Julai 2010

resepi kastard jagung

salam kawan-kawan...

hmmm lama tak tulis resepi kan?... ok ni resepi febret Maria... simple dan sangat senang disediakan... masak dalam periuk... pastu tuang dalam acuan... siappp...

Kastard Jagung
bahan-bahan :
1 mangkuk tepung kastard
3 mangkuk air
1/2 mangkuk gula pasir
1 tin susu cair ( bole juga 1 mangkuk)
secubit garam (cubit yer..)
1 tin jagung krim

cara buat :
satukan semua bahan ke dalam periuk... kecuali jagung...
masak dgn api sederhana dan sentiasa kacau...
(kalau Maria biasa nye dah siap-siapkan kerusi dan duduk semasa mengacau... proses ni sgt penting sbb kalau leka / berhenti mengacau... adunan boleh jadi berketul-ketul... nnt tak cantik la kastard nye...)
bila dah pekat baru masukkan jagung krim... kacau ratakan
lepas tu bila dia dah mendidih... (adunan dah pekat dan macam meletup keluarkan angin/wap...) boleh la tuang ke dalam acuan...
sejukkan... simpan peti ais lagi sedap...
sedia dihidang dgn kuah nye...

nak buat kuah dia?
simple saja...
1 tin susu cair
1/2 tin air
2 sudu teh esen sirap merah
secubit garam
satukan semua bahan... masak hingga mendidih... sejukkan...
dah sedia utk dihidang bersama kastard :)

* sila gunakan saiz sukatan mangkuk yg sama - ini Maria sgt suke sbb klu nak buat banyak atau sikit, tukar saiz mangkuk besar atau kecil shj... dan tambah susu dan jagung bila sukat guna saiz mangkuk besar - yg penting jadikan ratio 1 tepung dgn 4 cecair dan 1/2 gula... inysaAllah jadi * :)


p/s : AwienSyahirah... TQ sudi follow

8 ulasan:

  1. wa.. main masak2 maria harini..

    BalasPadam
  2. rajin betul mama luqman ni.. :-) ibu aqil je tak sempat2 nak buat lagi.resepi dah berhelai2 tulis ni..hehe

    BalasPadam
  3. alamak sedapnye. kalu pakai jagung fresh lg sedap kan. manisssss je

    BalasPadam
  4. kak pah : ha ah... penat asyik mengemas je... masak-masak la pulak :)

    sue : tak pe salin, nnt bila senang try la...

    noj : betul...betul...betul... lagi sedap!

    BalasPadam
  5. terliur tgk kastard jagung ni..hehhe

    ada tag tuk Maria..hehe...

    BalasPadam
  6. salin jugak kaedahnya, tp nak buat tak tau bila :)

    BalasPadam
  7. Bapak : TQ...

    Umi Nuha : tak pe... nnt bila-bila terrrr rajin... buat lah...

    BalasPadam
  8. Mmg sedap..saya dah try buat utk famili. Tq for your shared.
    Luangkan di ummidihatiku.blogspot.com

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails