Isnin, 8 Februari 2010

Onde-onde Buah Melaka

Hehehe... walau pun mood malas masih ade weekend yg lalu, tapi buat gak Kuih Buah Melaka ni ( nak makan kena la buat gak kan??? ). Kuih ni Maria suke buat masa bujang2 dulu sbb dulu tak de oven nak membakar, jd kuih yg kukus2 n rebus2 je la...

Bahan-bahan:
300 gm tepung pulut
3/4 cawan air panas
1/2 sudu teh pewarna hijau
1/2 sudu teh esen pandan
120 gm gula melaka
1/2 biji kelapa parut digaul dgn sedikit garam

Cara-cara:
1. Tuangkan air panas, pewarna hijau dan esen pandan ke dalam tepung pulut. Uli hingga rata (adunan akan menjadi seperti doh dan tak melekat pada tangan)
2. Cubit sedikit adunan dan bulat2kan. Leperkan bebola ini dan masukkan sedikit gula melaka ditengahnya. Kemudian bulatkan kembali.
3. Didihkan air didlm periuk. Apabila air mendidih, masukkan bebola tadi. Tunggu sehingga ia timbul, angkat dan toskan, kemudian gaulkan dengan kelapa parut.
Sedia utk dihidang.

2 ulasan:

  1. kt N9 kuih ini digelar KOLOPONG...hehehe

    BalasPadam
  2. ehhh... tak penah dengar plak nama tu... ok takpe nnt kite masukkan lg resepi kuih2 lame... check nama ape ye...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails