Isnin, 22 Februari 2010

Festival Hari Kraf Kebangsaan 2010...

suke nak tolong promote... sbb aku suke pegi kalau festival ni ade...

Festival Hari Kraf Kebangsaan 2010 akan diadakan bermula 24 Februari sehingga 24 Mac 2010. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan bersempena Festival Hari Kraf Kebangsaan 2010. Sambutan pada tahun ini akan dilaksanakan mengikut dua segmen :

Festival Kraf Kebangsaan di Kompleks Kraf Kuala lumpur pada 24 Februari hingga 8 Mac 2010

Festival Kraf Malaysia di pusat-pusat membeli belah serta hotel-hotel terpilih pada 9 hingga 24 Mac 2010

AKTIVITI SEPANJANG FESTIVAL KRAF KEBANGSAAN (KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR)
i. Jualan Kraf (kat sini tempat paling suke...)
ii. Pameran Produk Rekaan Baru Kraf
iii. Pameran produk Cenderamata Ketua-ketua Negara
iv. Pameran Alat Muzik Kraf Tradisional
v. Pameran Teknologi Kraf
vi. Perjumpaan Pembeli
vii. Bengkel rekaan ( Design workshop)
viii. Aktiviti Pusat Rekaan
ix.Demonstrasi
   *Demonstrasi Pembuatan Alat Muzik
   *Demonstrasi Kraf Antarabangsa
   *Demonstrasi Masakan Tradisional
x. Interaktif Kraf
xi. Kaunter Khidmat Usahawan
xii. Persembahan Kesenian dan Permainan Rakyat

Perkhidmatan Shuttle (pergi - balik) Percuma disediakan antaranye di Perhentian Bas KLCC, Perhentian Bas Bukit Bintang, Perhentian Bas Masjid Jamek, Perhentian Bas Ampang Park dan Perhentian Bas SOGO... jommm pegi ramai...info lanjut klik kat Link Festival Kraf Kebangsaan di Kompleks Kraf Kuala lumpur

2 ulasan:

  1. hai..blog walking ni..
    saya staff kraftangan. Thanks eh sbb promote kan hari kraf nih. Dtg ya.jgn tak dtg..
    peace !!

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails