Khamis, 25 Februari 2010

tak lawa pon...

ha, ni 1st entry pasal Nayli, sebenarnye dari awal minggu lagi nak masukkan, tapi dah masuk mcm2 malas la nak tambah banyak2 karang esok lusa da takde idea pulak nak menulis...

punca nye hujung minggu hari tu, lepas Nayli mandi, mama dia pun rajin la nak dandankan rambut dia, untuk pengetahuan korang Nayli tak pernah berambut pendek... habis pendek pun mesti lepas paras bahu dia...lain la klu kakak Laila, kontot memanjang jer...

oleh kerana hujung rambut Nayli dah kusut semula, mama dia pun beri la cadangan 'potong rambut nak?'. Nayli pun dengan pantas menjawab 'Nak...nak potong pendek macam kakak'...

Petang tu pegi la kedai gunting, lepas dah inform kat amoi tu gitu gini... amoi tu pun buat la keje dia... lepas 20 minit siap... Nayli senyap je sambil belek2 muka kat depan cermin...

'Tak lawa pon'

dusshhh...amik ko, terkedu mama dia sekejap... cepat2 aku sambung 'Eh lawa, tadi kata nak mcm rambut kakak kan? sama la ni...'

Nayli senyum balik... 'ok...dah jom balik' (sebelum keluar ayat2 menakutkan mama dia...mana tau klu dia minta nak panjang balik...adoiii...)
menggayakan rambut baru....

2 ulasan:

  1. hehehe pandai mama nak sedapkan hati nayli...comel jer rambut pendek tu :)

    BalasPadam
  2. hmmm... mesti puji, karang dia ubah fikiran lagi susah mama dia...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails