Khamis, 4 Februari 2010

Kek Carrot Gebu

Yess... macam hujung minggu yang biasa2... mmm mesti ade resepi nak dicuba... minggu ni Kek Carrot Gebu... kek ni mmg family favourite baik aku sendiri, hubi ku, anak2, ipar duai, anak buah pon same... resepi ni dulu amek kat dalam majalah lama... (simpan pon dah lama hehehe...) so dah 2-3 kali cuba n dah dapat hasil yang best... nak share kat sini...


Bahan2:
250gm mentega
150gm gula kastor
250gm tepung naik sendiri
3 sudu makan susu tepung
4 biji telur ayam
3 batang carrot saiz sederhana diparut
1/2 sudu teh esen vanila

Cara2:
1. Pukul mentega (Maria suke guna Butterlite) dengan gula kastor hingga gebu (putih).
2. Masukkan telur ayam satu persatu diikuti dengan esen vanila. Pukul rata.
3. Bila adunan sebati masukkan pula carrot yang telah diparut, diikuti dengan tepung yang telah dicampurkan dengan susu tepung (susu tepung bole guna ikut suke brand ape...). Gaul sebati...
4. Masukkan adunan kedalam loyang (ingat loyang kek dan oven mesti panaskan dahulu). Bakar selama 45 minit, pada suhu 175 degree.
5. Bila dah masak sejukkan, bole la hias ngan cream cheese...
(tapi slalu nyer tak sempat nak buh cream cheese dah sibuk kena kerumun sambil dengar bunyi lagu iklan celcom broadband : potong! potong! potong!)

mmm... makan panas2 la baru best... apa la mama ni nak tunggu sejuk konon...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails