Rabu, 21 Disember 2011

hasil dari taklimat SBPA

ok... pagi-pagi tadi dah menghadirkan diri di taklimat berkenaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)... 

oleh sebab sebelum ini Maria dah baca pekeliling SBPA tu... jadi tak la susah sangat nak paham... kiranya bila org bercakap kat depan kita tak la bising bercakap gak kat belakang (hangin tul dgn org bercakap kat belakang ni... susah nak mendengar benda apa yg dicakap kat depan!)

Apa yang pasti... title kumpulan sokongan dah takde dah... dah jadi Kumpulan Pelaksana... bos-bos group lain la... yg ni Maria tak rajin take note - tiada kaitan... gred jawatan / gaji... pun bertukar ikut skim baru... yg ni sila semak kat Pekeliling - Jadual Pemindahan Gred ... jangan malas... buka tengok dan baca... tak rugi pun baca... sila check jawatan anda ada di mana sekarang...

berkenaan dengan penilaian prestasi tahunan... masih lagi terdapat Penilai Pertama dan Penilai Kedua... tapi ada lagi dipanggil 'Kaedah Pelbagai Penilai' (multi-rater)... ini penilaian yg dibuat oleh rakan-rakan sekerja kita... dan penilaian keseluruhan ini yg akan membabitkan kenaikan pangkat... 

kenaikan pangkat bergantung kepada 'kekosongan jawatan' serta 'sokongan / pencalonan dari pihak atasan'... takde dah exam PTK cam dulu nak naik pangkat dah... (ok... sesapa yg ada kipas besar tahap air-cond suke sangat la kot... kipas kuat-kuat kat bos... hehehehe... tapi klu kengkawan bagi markah sikit utk SKT nko... pun jgn harap la sangat... so kena buat baik dgn kengkawan juga... ;p)

bagi pejawat awam bukan guru kenaikan pangkat / dalam istilah pembangunan kerjaya disebut sebagai 'Fast Track - membawa maksud pegawai yg mendapat cemerlang akan disyorkan utk kenaikan pangkat... ingat bergantung pada kekosongan jawatan... klu guru pula ada satu lagi term : Time Based

selain APC yg dikekalkan... diperkenalkan lagi PPC (Pingat Perkhidmatan Cemerlang)... ini adalah 3% dari markah penilaian SKT...

jangan salah faham pasal penilaian berdasarkan % ye... yang diberi kenaikan gaji berdasarkan % SKT tu hanya untuk Kumpulan Premium... sapa yg ada kat kumpulan premium tu... sah la bos-bos... korang tak yah la sibuk-sibuk...

korang yg kumpulan pelaksana... anjakan tangga gaji dah ditetapkan... Maria suke ini kerana anjakan gaji maksimun hingga ke T20... maknanya bila org yg dah gaji maksimum akan ada anjakan lagi la lepas ni utk tempoh 3-4 tahun...

tapi... harus ingat... in penting juga - Dasar Pemisah (exit policy) yg mana bila markah SKT tahunan kurang dari 70%... anda diberi laluan untuk ditamatkan perkhidmatan... selama 3 tahun penilaian akan dibuat sebelum dibersarakan... ini juga digunapakai sekiranya kita (pejawat awam) terlibat dalam perlanggaran undang-undang / peraturan... 

ada lagi beberapa syarat lain berkenaan 'dibersarakan'... tp korang baca la sendiri yer... Maria amik yg penting dulu... yg penting faham mcm mana kita bole diberhentikan kerja bila sign SBPA... ingat tu...;p

then pasal persaraan... ini Maria suke...
terma 'Persaraan Paksa' mmg digunapakai utk skim SBPA ni... bunyi mmg tak best... ;p... tapi... ini bagi yg masuk ke jawatan kerajaan bermula pada tahun 2012 je yg di'paksa' berkhidmat sampai 60... 

bagi skim yg terdahulu 55, 56, 58... anda boleh terima SBPA dgn kekal umur bersara 55 / 56 / 58... dan diberi lagi pilihan klu nak sign bersara 60 pun bole... kendian nnt bila nak bersara umur 55... tiada masalah... 

pencen dan wang ganjaran dibayar seawal usia 55... klu bersara awal dari 55 (mcm umur 50 dah nak quit...) kena tunggu 55 juga baru dpt pencen... tp klu korang sign terima SBPA dgn bersara 56... korang tak leh la keje sampai 60... klu sign sampai 60 je bole keje sampai 60 atau pilih bersara bila 56... ok... semak balik skim lama korang sign pencen dulu, umur berapa?

paham ke ni... Maria rasa cam berbelit-belit plak cite ni... ;p

 bagi org yg tak nak sign SBPA... kenaikan gaji akan kekal dgn skim lama (SSM / SSB)... tapi cara penilaian SKT, kenaikan pangkat tetap akan digunapakai sistem SBPA... gaji je ikut pergerakan skim lama... rugi weh kat sini... nnt nak naik pangkat susah sket... dan lagi... bagi jawatan yg dijumudkan sangat berisiko utk dibersarakan... untuk info jawatan jumud adalah jawatan yg telah dibekukan pengambilan sejak beberapa tahun lepas... utk yg memilih menerima skim SBPA pegawai sediaada akan diserap ke skim berkuatkuasa yg baru...

ok.. part paling best... mesti la pasal gaji kan... semua org nak semak gaji la baru nak sign kan?... berkenaan anjakan gaji... ini korang kena semak pada bahagian admin... klu ikut congak yg Maria buat... mmg lega la sedikit... sbb utk tahun 2012 akan ada 2 kali anjakan gaji... 1st semasa Januari ni... dari gaji SSM ke SBPA... kemudian anjakan gaji tahunan pula ikut bulan anjakan gaji pegawai itu sendiri... 

berapa gaji naik?... 
maaf kat sini Maria tak bole cerita sbb itu dokumen sulit... klu korang nak kata tak telus pasal tak tunjuk jadual gaji... terpulang... tapi khabar angin yg lagi hebat Maria dengar... toke Tesco, Giant, Carefour... pun dah sibuk-sibuk bertanya ke JPA berapa gaji org gomen naik... diorg pun nak bersiap sedia dgn harga baru... mungkin atas sebab itu Lampiran Gaji diletakkan sebagai dokumen sulit... klu betul mmg haru... kalau tak betul... saya minta maaf ye toke-toke kedai semua... ;p

ok... sekian info untuk dikongsi bersama... klu ada kemusykilan jangan segan bertanya pada bahagian 'Admin' masing-masing... dan klu rajin pegi baca la Pekeliling tu... bukan susah sangat pun... download dan baca... bila tak paham tanya... ;p
kesimpulan nya?
ramai yg kata sign je - 'terima SBPA'
nak pegi sampai umur 60 atau tak terpulang... tepuk dada tanya selera memasing... ;p

walaupun Cuepac kata nak jumpa perdana menteri 22hb ni kan... so ada masa lagi nak sign sblm 30hb ni... ok la tu kot...ada masa fikir lagi...

yg penting harus isi borang opsyen dulu - Lampiran F... kendian harus ada Lampiran G1, G2, G3 dan G4... klu tak isi anda dikira kekal dgn skim lama... dan tidak mendapat apa-apa faedah SBPA... 

sekian... setakat yg Maria faham... harap maklum... klu salah boleh la betulkan...

12 ulasan:

  1. ok kak paham jugaklah skit2,,,tapi lost ar cari nama gred baru...tak jumpa...sob sob...

    BalasPadam
  2. cikmOt : aik... camne bole lost... klik la kat yg Diploma... kamu ada Diploma kan?...

    BalasPadam
  3. wahida : sign 60... pencen 55... tapi klu masa 55 tu tak tau nak buat apa pastu sihat lagi... keje la sampai 60... ;p

    BalasPadam
  4. akak dah tak pandai dah benda2 ni.. dah lama tinggal..

    BalasPadam
  5. paling best sape jd jusa la kak.. hehe... psl gaji naik sekali ganda... tp x perform kalu phm2 sendiri la...

    BalasPadam
  6. bila la sy nak dapat keje gomen nieyh

    BalasPadam
  7. sedih..penolong pegawai tadbir dok kt N3...penat blaja diploma smpi 3-4 thn..skali kira sama level je ngn STPM..waaaa

    BalasPadam
  8. wah..bagus aa maria brief *thumbs up*

    BalasPadam
  9. Seperti Cuepacs kata SBPA adalah satu sistem gaji & perkhidmatan baru yg tak telus, boss makan isi, anak buah hirup kuah. Nasib kumpulan pelaksana selalu merana?

    BalasPadam
  10. isu yang hangat di kalangan kakitangan awam sekarang ni. Tapi katanya tak finalise lagi... semoga kakitangan awam mendapat yang terbaik :-)

    Jom baca ni ~ Fridge Magnets - Cenderahati Mudah / Fridge Magnets - Easy Souvenirs

    BalasPadam
  11. uhuhuhu tidak berkenaan...
    khabar angin yg lain lak berbunyi... sbb SBPA gak la.. kontrak hold dlu.. x leh smbung... ntah...
    layan kan je.. klu x nak.. kite cari keje lain....

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails