Jumaat, 4 November 2011

apam polkadot

ok... hari ni nak share resepi ni... rasa ramai dah tau kan?...
Maria pun ambil resepi ni kat internet juga... hehehe... tapi resepi ni mmg senang... semua bahan campak je masuk dalam mangkuk sekaligus... hehehehe... bestkan...
ok... resepi ni Maria c&p dari blog kakak ini ... tq ye kak...

apam polkadot yang dipanggil 'apam cendawan' oleh en.ejaM...
jom layan resepi

Bahan-bahan 
(anggaran 30-40 biji papercup medium )
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A) (klu takde gred A, Maria ganti yg Gred C - 4 biji)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar @ susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry @ strawberry@ apa2 ikut citarasa
  • pewarna - pun ikut suka, minimum 2 warna
Cara-cara :
1.Masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3.Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4.Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6.Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7.Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

8 ulasan:

  1. apam raya haji ke kak .. hehe... cantik :-)

    BalasPadam
  2. Sue : memang sesuai... senang pun iye... ;p

    BalasPadam
  3. bujal : kalau mamaainul buat? - jadi kot... ;p

    BalasPadam
  4. nex time sy try kay....tqq:)

    BalasPadam
  5. hihi. aku order je apam ni. suh org tu buat angry bird ngan ladybird. Hihi.
    50 ketui bawak balik umah mentuo, 50 bawak balik umah mak.
    Haha.

    BalasPadam
  6. Salam akak sya suka baca blog akak ni..akak ovellette tu kita dpt kt mana yer

    BalasPadam
  7. Anonymous : ovalette pasti ada di kedai2 menjual barang 'bakery'... klu takde kedai mcm tu cari di pasarraya besar macam Giant, Care4... insyaAllah ada...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails