Selasa, 24 September 2013

selepas banjir kilat itu surut...

sambung lagi cerita pasal banjir kilat jumaat minggu lepas...

oleh sebab masa tu hujan lebat - sangat lebat... dan Maria tak bole akses kerumah sendiri... jadi Maria ambil keputusan untuk balik semula ke KL (ofis)... sebenarnya balik ke KL utk ambil anak balik dari sekolah... yg ofis tu singgah kejap je hantar ofismate yg ada dgn Maria - masa tu ktorg ada kerja diluar...sedang setup prop photobooth di FRIM untuk Hari Keluarga Cawangan Arkitek...singgah rumah kononnya nak ambil tangga... sudah nya langsung tak buat apa pun...

balik dari ambil anak2... terus usung kamera... eceh... perasan macam wartawan edisi siasat pulak... hahaha... tak lupa pakai boot phua chu kang kaler kuning siap-siap... karang klu pakai selipar ada pula yg terbenam dalam lumpur... hehehe

1st mesti semak keliling rumah dulu... Alhamdulillah syukur sangat-sangat sbb rumah Maria terselamat dari dimasuki air... hanya sebahagian laman belakang dan longkang tepi rumah sahaja terdapat selut serta lumpur... maknanya cuma kawasan itu shj lah yg dilalui air banjir tsbt...

kenapa air tak masuk rumah Maria?
emm... ini sebab semasa rumah ini dibina... Maria mengambil sedikit idea binaan masjid...sebelum sampai kedalam rumah, ada 2 mata tangga yg mana binaan rumah Maria ditinggikan dari aras lantai luar rumah... aras lantai luar Maria juga terdapat aras landai menghala ke arah longkang dan juga tanah laman... kalau dikira ketinggian dari aras jalan... kedudukan rumah Maria ada lebih kurang 500cm (1/2 meter) lebih tinggi dari aras jalanraya...

jadi semasa banjir tempohari... air hanya bergenang serta lalu di laman rumah Maria...

jom... tengok gambar-gambar keadaan sekitar selepas hujan... 

depan rumah jiran

depan rumah Maria
betul-betul belakang pintu dapur rumah jiran

kawasan belakang rumah jiran - tempat paling kritikal bila hujan...

culvert yg dibina pemaju - tak mampu menampung air hujan

belakang rumah jiran... dah macam kolam takungan air

semasa hujan lebat, air mencurah turun dari tembok ini seperti air terjun...
 
binaan 'cerdik' pemaju...ada lubang pd dinding tembok...jadi bila hujan air akan meleleh keluar ke laman rumah orang... grrrr... ini mmg bodo...

lagi kawasan belakang rumah

view menghadap belakang rumah Maria pulak...

penghujung tembok - tempat air terjun dalam entry Maria yg lepas

kawasan belakang rumah jiran yg dihujung

dua kawasan jerlus...

tu dia... ada culvert lagi rupanya

di penghujung (laluan menghala ke sungai)... rupanya ada 2 batang culvert bertembung...


dua batang culvert tersebut dialirkan masuk ke sebuah lagi longkang culvert... yg sememangnya tak mampu menampung hujan semasa hujan lebat...

gerammm... setiap kali lihat gambar-gambar ni... mesti rasa geram... mmg Maria akan tulis surat dan membuat aduan tentang perkara ini... kali ini Maria dah tak nak jumpa pemaju tersebut... nak lapor terus kepada MPS... kalau MPS buat dek je (dah kena suap la tuh)... kita hantar report ni ke SPRM... tak pun hantar kat Aduan Rakyat...

panas hati... sebab nya sebelum ini, selama beberapa tahun Maria tinggal di sini, air hanya melimpah memenuhi ruang longkang... tak pernah lagi hingga memasuki rumah... menurut jiran2 yg sediada kalau banjir sekalipun sebab air sungai yg melimpah...

kali ini bukan air sungai yg melimpah... tapi air dari kawasan tanah lebih tinggi turun ke kawasan rendah...lepas tu tak dapat memasuki longkang culvert yg pemaju sediakan... macam mana air nak masuk kalau dah culvert tu separuh penuh dgn lumpur? grrr...

 apa pun Maria bersimpati dgn jiran Maria - Makcik Midah dan Pakcik Manaf... penat diorg membersihkan rumah... paling tak tahan Maria lihat - mereka jemur tilam... kesian diorg...

2 ulasan:

  1. tak leh jadi... lapor cepat kak... ni nak ujung bulan dah... kang sampai musim dia, ape pun tak boleh nnt

    BalasPadam
  2. Report polis dulu then claim apa yg patut dari pihak berkenaan..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails