Rabu, 4 September 2013

setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya

Salam Syawal... lagiii... :)

kali ni nak sambung cerita laman rumah... ramai yg telah mengetahui kan, beberapa bulan lepas berlaku rombakan pada laman belakang rumah Maria... untuk satu tempoh masa yg agak lama juga, Maria bersedih dgn apa yg berlaku pada backyard garden Maria... 

tapiiiiiiii...
(panjang punya tapi... hihihi...)
sekarang Maria dah ok... yeay... walaupun sedih dgn apa yg berlaku...dan Maria sendiri agak lambat nak recover kesedihan tu... tapi sekarang, laman belakang rumah Maria dah berwajah baru... hoyeee... suka...suka...

walaupun ruang tersebut telah kecil dan sempit berbanding dulu... tapi Maria dah dapat ruang baru yg lebih tersusun... jadi sekarang ni masih dlm proses membina patch baru... kalau ikutkan untuk raya baru ni mmg tak dapat la pokok2 yg matang dan rimbun... tapi sekurang-kurangnya Maria dah ada landskap baru yg lebih tersusun...

 kontraktor tinggalkan pagar belakang rumah Maria macam ini sahaja selepas diorg selesai bina tembok tersebut... kata nya 'sementara sahaja'... iye la sementara lah sangat...

tak cukup wiremesh sediaada... diorg topup pagar dgn hoarding jer... sampai hati sungguh...pastu hoarding tu pulak boleh je sesapa tolak tarik keluar masuk laman kitaorg... haih...

ok... selepas di hitung kira kos serta aspek keselamatan... en.ejaM pun bertungkus lumus la - buat pagar baru... terima kasih banyak-banyak kat en.ejaM sbb melayan je idea Maria... :)

 pagar baru yang bersifat 'sementara'... tujuannya kalau pemaju nak buat apa-apa lagi kat belakang tu... pagar ni masih boleh dibuka dan pasang semula... tapi mmg kena buka elok-elok la... jangan main kopak jerr...
patch yg ada kat tepi pagar ni, tanah dia Maria tak 'baiki' lagi... tanah bercampur batu + simen... jd sbb tu Maria tak tanam pokok direct atas tanah... lagi pun klu tanam kat tanah... takut pemaju nak buat apa-apa lagi kat sempadan ni... karang naya Maria nak alih pokok banyak-banyak... huhuhu... nanges lagi nnt...

 sebahagian yg ditampung dgn wiremesh utk support pokok kacang botol merayap...
tak siap kemaskan lagi tepi dia... hihihi...

 patch baru... batu-batu paving yg ada Maria susun sebagai pembahagi ruang... sepatutnya patch ni Maria nak tanam pokok2 sayur... tapi oleh sbb benih Maria banyak yg dah 'expired'... dah semai tp tak menjadi... jadi tumpang la letak pasu-pasu pokok lain dulu... sementara benih yg diorder dgn En.Iskandar sampai yerrr... :)

1 ulasan:

  1. Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails