Rabu, 22 Ogos 2012

pagi raya

Salam Aidilfitri...

Maria baru sahaja pulang dari kampung - semalam... selepas beberapa hari cuti dari mengadap blog apa lagi fb... ni baru la Maria sempat nak menjengah blog kawan-kawan... ;p

ya... bila Maria 'cuti' dari blog - makna nya saya sangat bz... hihihi... bz mengalahkan perdana menteri - tak agak-agak... kakakaka... 

betulll... ini benar... lebih-lebih lagi masa raya... banyak urusan yg Maria kena selesaikan... bukan setakat pulang ke kampung jumpa saudara mara dan makan... harus ada sesi masak-memasak yg jadi rutin org perempuan kan?... tambahan lagi dgn urusan anak-anak... ;p

dan pasal sibuk ntah apa-apa ni la... Maria lupa nak snap momen indah pagi raya... :(
yang ada cuma ini... 

* luqman sangat ensem dgn baju melayu + sampin + songkok... tapi Mama tak snap... :(
gambar 3 beradik tu je yg ada... sedihkan... 
(pakai baju kemain melaram melawa - gambar takde...???)
 
mana tak nya... pagi raya itu... Maria sibuk didapur - menyediakan hidangan utk kitaorg sekeluarga makan... yg mana nak panaskan lauk... nak buat air... nak potong ketupat... nak hidang pinggan makan segala... dan lagi sibuk kan org yg nak ke masjid nak sembahyang raya... selepas usai org solat raya... dah sibuk nak keluar pergi beraya di rumah saudara-mara Mak di Air Hitam...

pulang dari beraya dah petang... penat... Maria memang lupa terus pada kamera... 

sekarang ni bila dah download gambar baru nampak - la takde gambar raya ?
bila buka FB... tengok kawan-kawan upload gambar raya... sedih la pulak... gambar raya sendiri tak ada... hmmm... tak pe la... takde rezeki kali ini... 

nanti kita ulang pakai la baju raya... pastu snap kat rumah je... ;p

2 ulasan:

  1. tak apa maria. Create balik momen tu dan snap gambar.
    Selamt hari raya..
    Datanglah ke rumah.

    BalasPadam
  2. biasa lah kalau dah sibuk. rugi sikit lah takde gambar kenangan. takpe, kalau ambil gambar hari ni pun orang tak marah. eheheh.
    selamat hari raya kak. maaf zahir batin ;D

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails