Isnin, 26 September 2011

cuti-cuti...

asal cuti hujung minggu... blog pun cuti...
emmm... takde idea nak cite apa... pasal weekend aktiviti mmg penuh... tapi takde la nak bergambar bagai... sbb... hari Sabtu dan Ahad baru ni takde pegi beraya mana... ktorg (Maria & Ejam) mengemas laman belakang rumah je (jumpa anak ular pulak kat parit... ) 

hari Sabtu petang adik-beradik en.ejaM datang beraya... kebetulan tengahari tu Maria masak Soto - nasi impit ada bihun pun ada... jadi hidang je la sekali utk diorg makan... dan yg best sekali... petang tu jugak en.ejaM ajak adik ipar dia menebas semak kat belakang rumah ktorg... bukan tebas saje-saje tapi tebas nak pergi amik jantung pisang nipah... dpt la 3 biji jantung... hehehe... 

pokok pisang tu bukan ktorg tanam... tapi x-jiran yg tanam... pastu dah tak terurus la penuh semak samun (dah takde tuan...) ktorg hanya akan bersihkan bila nampak ada pisang je... hehehe... prepare utk amik buah pisang tu bila dah sampai time pisang tu masak... ;p

Ahad pagi pun sambung kemaskan area belakang rumah... en.ejaM dah 'konkrit'kan sebahagian parit belakang rumah... sambil tu Maria buat kerja 'merumput' - buang rumput2 liar yg dah menyemak memenuhi sebahagian parit... huhuhu... giles penat... oleh sbb semalam cuaca teduh je... tak sedar ktorg buat kerja sampai jam 12 tengahari... hehehe...

tengahari Maria tak masak... sbb ada jemputan majlis kenduri akikah... so semalam lauk kambing la tengahari kiterr...sedappp... time kasih Kak Pah (ini bukan Kak Pah Ibundo...hihihi) yg sudi menjemput ktorg sekeluarga... tahniah dah dapat cucu sulung (cucu dia pun nama Luqman la... hehehe)

ok... hari ni geng opis saya kena kemas dewan - preparation untuk jamuan raya Cawangan Arkitek esok... errr... nak kena angkat meja ke???... sakit pinggang la... hahaha... daaaa... gi sarapan lagi best!... ^_^

5 ulasan:

  1. hujng minggu semalam saya saspek ramai yang tak masak~sebab masih sibuk datang open house~keh keh~

    BalasPadam
  2. aku kalau terjumpa walaupun anak ular mesti menjerit lari lintang pukang...huhu...

    BalasPadam
  3. bujal : ya!... saspek dikesan... hahaha

    BalasPadam
  4. wahida : bila ada anak mesti ada Mak Bapak kan... ktorg takut kat makpak dia... ;p

    BalasPadam
  5. uhukkk.. tersedak kita tau. Ingatkan nama kita tadi.
    jantung pisang buat kerabu, sedap..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails