Jumaat, 16 September 2011

biskut raya pulak - tart teratai

eh... mood raya ni rajin ke nak menguli biskut... okeh... Selamat Hari Malaysia hari ni 16 September... ;p

hihihi... dah abis raya pun sibuk pasal biskut lagi... apa la nko ni Maria... org cite psl biskut raya sblm raya hari tu... skrg ni nak makan je... bukan nak buat lagi... ;p

tak pe... mana yg nak makan sila kan... yg rajin nak buat pun sila la...ni pun Maria tulis sbb ada sahabat blog tanya... Maria buat biskut tart teratai tu guna acuan apa...
ok... ni la rupanya...
buat tart teratai ni kena rajin lebih sket... sbb adunan biskut tu kena canai dulu... lepas tu terap satu-satu ikut bentuk bunga tu... ada gak yg Maria baca klu kurang rajin paipkan je guna acuan biskut dahlia... tapi yg guna acuan bunga dahlia tu rupa dia kurang rupawan la... yg ni gak lagi cun... hehehe

ni la rupa dia lepas terap adunan biskut... masukkan dalam papercup... lepas tu bulat-bulatkan inti jem nanas letak kat tengah-tengah dia tekan sikit... ok

hasil lepas siap terbakar... comel, cantik dan sedap... ;p

ok... nak resepi pulak?
jom layan...

Bahan :
250 gm butter
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung 
Bahan Jem : 
1 biji nanas blend dan masak dgn 1/2 cawan air sampai pekat baru letak 1 cawan gula 
(Maria malas - selalu beli je jem yg dah siap... hihihi) 
Cara-cara :
1. Gaulkan butter, majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Canai adunan biskut setinggi anggaran 1/2 - 1cm (ikut suka...) terap dgn bentuk bunga (mcm acuan diatas). Masukkan dalam cawan kertas.
6. Bulat-bulatkan jem nanas. Letakkan jem nanas diatas adunan dan tekan sikit.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara
ok... selamat mencuba... 
(untuk raya tahun depan... ^_^)

5 ulasan:

  1. tak kisah lah buat sebelum raya or after raya...janji dpt makan sedap2 hasil tangan sendiri kan.

    BalasPadam
  2. cantiknya..
    rajinnya...
    kita memang suka tat ni

    BalasPadam
  3. lorrrr... gitu ke rupa acuannya.. ada jer kat rumah ni. thanks maria for sharing. insyaAllah ada rezki tahun depan nak buat sendiri. lama benor nk tunggu tahun depan kan.. :)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails