orait... bahan2:
1/2 kg mee kuning - (Maria ganti ngan spagheti sbb en.Ejam tak tahan mee kuning-angin)
2 biji bawang merah - hiris nipis2
1 biji bawang putih - ketuk jer
2 sudu makan serbuk lada bancuh dgn 1 sudu makan susu manis
isi ayam - potong kiub
udang - buang kulit
kicap secukupnye (ikut jenis kicap - masin, manis, lemak - jgn kicap pekat udah le...)
garam secukup rasa (klu guna kicap masin tak yah bubuh garam yer...)
2 biji telur
sepokok sawi - potong2 la ye... smlm tak letak sbb sawi takde
sekeping tauhu - digoreng dan potong kiub...ni pun takde smlm...hehehe
taugeh & daun bawang - ikut la nak banyak mane suke
Cara:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.
2. Masukkan bancuhan serbuk lada ngan susu manis. Masak hingga garing dan berbau wangi (klu lada tak masak betul nnt sakit perut pulak...)
3. Masukkan isi ayam yg telah dipotong kiub dan juga udang... kacau hingga masak.
4. Masukkan mee pilihan (bole gak ganti mee jenis maggi...) gaul rata-rata.
5. Tuang kicap makan... pastikan warna mee bertukar gelap (nnt tak sedap pulak)
5. Tuang kicap makan... pastikan warna mee bertukar gelap (nnt tak sedap pulak)
6. Masukkan telur, gaul skali dan terus masukkan sayur-sayuran.
7. Tempoh masa gaul selepas masukkan telur n sayur ikut suke korang - nak mee basah dan sayur rangup lagi, kacau skejap jer, nak mee mamak kering n sayur lecur gaul la lama sket... masa ni dah bole rasa, kalau kurang masin, bole tambah garam, kalau dah ok... apa lagi senduk la - hidang!....
lambat betul la mee tu nak sampai mulut... karang Luqman telan pinggan ni baru tau... ha nih gigit sket hujung pinggan dulu...intro... nnt dgn pinggan Luqman telan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan