huhuhuuu... ooiitt air liur tu meleleh... lap sket... air ni nama dia Jus Jimi Asmara... ptg smm sblm maghrib bancuh siap2 sbb tekak haus rasa nak something yg sejuk2... ha jadi la air ni... resepi ambik kat rumah Cik Mat Gebu... tapi tak pe la, utk senangkan kawan2 Maria tulis balik k...
Bahan-2nye:-
Air masak secukupnya (anggaran 1500 ml - utk satu jug mcm dlm gambar)
4 - 5 camca besar gula (atau ikut tahap kemanisan masing2)
1 1/2 camca besar jus pekat minuman oren sunqick (dalam botol)
3/4 camca teh esen pisang
1/4 camca teh pewarna hijau
Ais kiub secukupnya
Cara Buat:
Bancuh gula dengan sedikit air panas, kacau rata.
Kemudian satukan semua bahan di atas kecuali air batu.
Kacau rata dan rasa, jika perlu tambah gula.
Tuang ke dalam jug sesuai dan isi dengan ais kiub secukupnya...
Atau boleh juga isi ais kiub dalam setiap gelas dan tuang jus jimi asmara tadi secukupnya.
Biarkan sejuk sebentar dan boleh nikmatinya....
giler sedap....
p/s : resepi mee goreng mamak? - next entry - tajuk utk promo sahaja... hehehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan