Selasa, 27 April 2010

luahan kemarahan... ya saya sedang marah!

pagi ini unit pejabat Maria mengadakan meeeting utk semua kakitangan... agenda yang berbangkit adalah berkenaan dengan perpindahan pejabat dari Maju Tower ke Bgn TIMA, selain itu jawatankuasa tugasan penyelenggaraan pejabat, termasuk juga kutipan dana utk pejabat yg digunakan utk tujuan kebajikan (kononnye..)

Maria mmg tak berpuashati apabila dana utk kebajikan nak dinaikkan, berdasarkan penyata kewangan (laporan kegunaan wang sebenarnya..) kutipan yg dibuat melebihi dari kegunaan... kalau di hitung kira semula pendapatan kutipan tersebut cukup memadai dan tak perlu kenaikan lagi... Maria mmg membantah pertambahan tersebut dan segelintir rakan sepejabat mula pertikaian senarai guna wang di dlm penyata kewangan tsbt.

tapi oleh kerana kami ini kakitangan sokongan, kami sepejabat dimarah dan dibambu semula oleh KPPK @ bos tsbt... yg paling Maria tak tahan apabila bos mula mempersoalkan 'apa sumbangan kamu semua didalam pejabat?' dan lagi 'banyak sgt kah kenaikan ni kalau nak di kira dgn gaji kamu semua yg mendapat kenaikan setiap tahun?'

aku bengang + aku marah nak cakap

'Puan kami ni kakitangan sokongan tolong jgn persoalkan gaji yg kami terima, dan jgn bandingkan dgn Puan yg jauh beza dgn kami... mak saya pun tak pernah persoal brape gaji? nape bagi segini je tiap2 bulan...
dan lagi sumbangan setiap individu samaada dlm pejabat atau luar pejabat, Puan takde hak utk pertikaikan! tolong la fokus semula matlamat kutipan wang adalah utk kebajikan sekiranya berlaku kematian, kelahiran atau utk sumbangan perkahwinan... nak kutip banyak2 sampai wang tahun lepas pun ade berbaki lagi... nak buat ape?... akaun tak balance... aktiviti pejabat pun bos tak ikut sangat! kalau nak guna wang tsbt utk jamuan makan ...tak payah la masuk bawah dana kebajikan... ingat ni badan kebajikan utk makan2 ke?'

mesyuarat panas apabila bos mula berkhutbah panjang... masa ni aku dah tanak dengar dah... aku panas hati! ikut marah mmg sume benda aku nak hamburkan masa tu tapi aku ni rasional lagi... masih ade rasa hormat (yg sebenarnya tinggal 2% jer... sbb aku dah bebulu dari meeting yg lepas lagi...) aku pun tak nak nnt org mengata aku ni outspoken + mulut longkang... bukan aku tak tau, dlm opis ni depan bos masing2 angguk... semua ok ... bila kat belakang... masing2 cam langau.... ngok ngek ngok ngek... depan2 tak nak terus terang! yg berani nak cakap depan2 ade la 2-3 kerat je... saling menyokong utk menolak pendapat bos yg rasanya kurang rasional...

yang tu pasal duit... masalah pindah pun satu hal lagi, cawangan takde peruntukan... buat la cara takde peruntukan... tak payah la guna ayat 'membuat sumbangan' utk menyediakan pejabat... dgn partition yg hampir roboh, segala kelengkapan pejabat meminta belas ehsan dari cawangan lain... aduhai... bawak2 la bertenang... guna la segala yg ade semaksimum mungkin... kalau berpindah sekalipun kami kakitangan sokongan yg berkenderaan ni nak letak kereta di mana?

syabas la utk bos tersebut kerana berjaya menggunakan kuasa veto nye supaya kita semua menjadi 'Saya Yang Menurut Perintah'... tapi bos kena ingat doa org yg teraniaya itu akan makbul... dan jgn sampai org doakan keburukan utk bos!


p/s : balik opis biasa la... ngok ngek ngok ngek... tak puas hati... tapi at least aku kureng sket sbb dana kebajikan yang naik 100% berjaya juga dikurangkan (walau pun ikut hati aku seposen pun aku ta nak tambah... huh)
aku tak suke entry ni!

8 ulasan:

  1. wuih.. panas.. panas.. berkipeh dah ni..

    BalasPadam
  2. entah apa2..
    x fikir jangka masa panjang!

    BalasPadam
  3. huh panas2...pepagi dah rasa panas gini...sian kat ko kak...

    BalasPadam
  4. uishhh takot ar..
    lepas baca entry ni terus terasa mcm nk menonton cite dR Rozmey - 2 alam..

    kata dR Rozmey, film tu terlalu menakotkan. mgkin perasaan takot tersebut sama spt perasaan takot membaca blog org sdg marah ni~ hehe ;p

    bwk bertenang ye kak~

    BalasPadam
  5. sabor2.. bos2 ni memang mcm tu, cakap senang jek.. dia yg rasa byk duit tu, buatla sumbangan besar skit..nak pindah pun kena guna duit sendiri..apa daa..

    BalasPadam
  6. tedi, izan, riziqin n sue : akak tak suke nak marah2 sebenarnya... sbb bila marah nnt segala perkataan yg tak elok sume keluar, tapi mmg dah bengang yg amat... bila bermesyuarat pendapat perlu didengarkan dan dibincangkan... bukan terima je bulat2 semua arahan tsbt.

    BalasPadam
  7. Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails