wah.. wah.. pagi ni kat reading list Maria banyak sungguh keluar cerita pasal Redmummy... dah makin popular Redmummy, siap keluar paper Metro lagi. dari pendapatan cuma puluh2 ringgit skrg dah ribu2 ringgit (mencecah RM10000 utk ulasan iklan) dgn hanya mengadap komputer. Tahniah la kat kak Red.
Ya, dia layak mendapatnya, dah 3 tahun berblogging kan... cam Maria ni baru tiga bulan (hahahaha... gelakkan). Seingat Maria, 1st blogger popular yang Maria kenal di akhbar adalah Hanis Zalikha - model lawa ni, mmg Maria suke sangat tengok muke dia, sweet je, (korang nak tengok, gi blog dia...) Ha, Redmummy ni blogger ke-2 yg Maria jumpa di akhbar...
ada juga blogger lain yg Maria kenal di alam maya ni yg popular tapi humble je, mcm blog Kujie, Maria suke gaya tulisan dia - matang seiring tuan punye blog... blog Ariff Shah - si bujang yg mengaku masih single ni pun antara yg Maria suke baca tip2 blogging dia ..., blog Eyriqaz - ha ni blog yg suke cerita macam2 hal termasuk gosip artis, psl blogger popular yg lain, pasal cerita kat TV, pantun-pantun klu nak rilek2 pegi la masuk blog dia - macam2 ada... kat blog sharinginfoz pun best mcm2 hal politik, ekonomi, isu semasa sume masuk... itu la sebahagian Blogger Popular yang Maria kenali, tapi diorg tak kenal kot ngan Maria (huhuhu... siapa lah aku ini - nyanyi lagu amy Mastura...)
ok nak share tip Redmummy hari ni, tip ni pun amik kat blog sharinginfoz (juga sebagai ingatan utk diri sendiri...) semoga berguna utk kawan2 semua...
- Internet dan laptop adalah kemestian kerana ianya mudah dibawa ke mana-mana (dah ade... tak rajin online je... offline lebih...)
- Baca blog popular dan lepas tu tinggal komen pada lima blog famous tu (kdg2 je buat...)
- Setiap blog yang kita komen, cari pulak blog lain dan tinggalkan 3 komen sampailah blog anda diketahui ramai (kena rajin blogwalking nih...)
- Template kena ceria dan bukannya rely on ready made punya (huhuhu... Maria guna yg ready made...)
- Buat catatan dalam blog sebanyak 10 setiap hari, so ianya selang 3 atau 4 jam (yg ni paling tak tahan... latest dlm blog RM dia kata dah tak buat dah, sehari 1 entry pun ok...)
- Daftar dengan nuffnang bagi memastikan ada iklan dalam blog anda (ade dah...)
- Rajin dan tak putus asa (ha... yg ni kdg2 vitamin M datang... sbb tu kurang rajin...hehehe)
p/s : rasa mcm nak join : Jelajah Blog Ibu oleh Ben Ashaari... tapi malu la pulak... ;-)
hebat ek RM tu, cayalah
BalasPadamMak Su : Maria baru nak bertatih... RM tu lain la dah pro...
BalasPadamhehehe...bilalah nak hebat cam RM tu kan...
BalasPadamkita pun baru nak bertatih la kak..blog suka2 je..kalau ada pendapatan, kira rezeki la tu ek..:-)
BalasPadam