ok nak share ngan kawan2 pasal info n petua memusnahkan lipas... info ni Maria dapat dari e-mail:
Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu.
Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terpenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.
Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.
Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect.
Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol.
Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.
Bila dah terperangkap, spray dgn air sabun.
Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.
Jangan biarkan sampah sarap di rumah
Selalu cuci bilik air
Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, semut, cicak dan macam-macam lagi.
2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas suke bau peluh.Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.
Mengurangkan lebuhraya lipas:
Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur.
Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat.
Begitu juga di ceiling.
Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya.
Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.
Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
Dua bahagian tepung gandum
Satu bahagian koko
Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet tak pun pakai mask H1N1 supaya hidung tertutup.
Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.
BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!
Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.
Semoga info ini membawa manfaat pada kawan2 yang mempunyai masalah lipas.
p/s: ingat ye kawan2... jgn sekali2 korang ketuk / pijak lipas itu... ergghhhh... lagi satu resepi racun tu utk menbunuh lipas ye... jgn gunakan utk membunuh diri... ;)
oo..lipas jgn pijak eh :-) tak berani un nak pijak..abis2 pun, sembur je..hehe
BalasPadamso do i...siyes geli bangat sama lipas...
BalasPadam1sttimelah tgk te;ur2 lipas tu.. eh anak ke telur/
BalasPadamha ha ha ha
tp i tak takut lipas yu..
hairan bila ada yg terloncat dan terjerit bila nampak lipas.
ekekekekek
tak takut dan tak suka
kita tak baca abis sebab nampak gambar telur lipas terus scroll up semula
BalasPadameuuwww tiada dapat kumelihatnya dengan akal yang waras! kih kih
eii..sy pun tk suka tp sy tak la takut jerit2 bila napak binatang tu. Biasa sy pukul trus. Eh. tk buleh pukul ek. Nati membiak ke. Biasa sy pukul dgn penyapu then basuh balik tpt yg pukul tu tak kira la ada tanda ke takde tanda. eiii..tak suka..tak suka..
BalasPadamnati buleh la praktikkan air sabun tu sbb slalu sembur ngan baygon pehtu busuk satu umah. tak sokaaa!!
Sue : tangkap ngan tangan takpe :)
BalasPadamLazyf : ngko same je cam laki akak... geli konon... ces nyampah...
tedi : tak suke klu dia terbang... nnt dia hinggap ntah mana2... errggghh
KOG : uuitt rugi la... resepi racun kat bawah... :)
PnStoberi : telur yg terpelanting ntah mana2 tu... nnt dia menetas gak... haru...
goli tokak eh tengok telur lipas tu... huhuhu...
BalasPadamtak suke lipas especially bila dia terbang2... eee...
hubby kita pun geli lipas jugak... hahaha!
Amiys : ingatkan org ppuan yg penggeli, rupanye lelaki lagi dasat...
BalasPadamye...sy BENCI lipas... ohohoho tak taw nape...klu nmpk je lipas..akn pijak... tabiat sejak keccik.. ooo x leh pijak ke.. rugi r cmni...
BalasPadamCikbedah, ngko pijak... gelinye tapak kaki aku!!!
BalasPadaminfo berguna TQ
BalasPadam