Jumaat, 9 April 2010

Puding Roti simple

salam, kawan2 semua...
hmmm lama tak update resepikan? ok ni salah satu family febret, selalunye lebih2 roti akan jadi mangsa...
hehehe... tak sempat ambik gambar dah kena potong... k... layan resepi

Bahan:
6 kpg roti putih biasa (nak guna roti manis pun bole, suke la roti ape pun)
200 ml susu segar
1 tin susu cair (krimer)
3 biji telur
50 gm gula (klu guna roti manis, kurangkan gula ye...)
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan Tabur:
Kepingan Badam
Kismis / Buah2an Campuran (ikut la ape yg ada kat umah time tu)
Serbuk Kayu Manis (kalau takde pun takpe, tp nnt kurang wangi la...)

Cara:

  1. pukul telur dgn gula hingga kembang, masukkan esen vanilla, kemudian tuangkan susu segar dan susu cair.

  2. sediakan loyang, sapu mentega pada permukaan.

  3. celup roti kedlm adunan susu tadi, kemudian susun roti didlm loyang. (tujuan celup roti didlm susu adalah supaya kepingan roti tersebut menyerap susu, sbb biasanye klu kite curah susu atas roti, dia ambik masa lama untuk menyerap dan bila terus bakar, hasil tak begitu cantik...)

  4. selepas habis kesemua roti tersebut, taburkan kepingan badam dan kismis, kalau suke kismis bole ditabur semasa menyusun roti (nnt bila potong ada la kismis kat celah2 tu)

  5. tuang baki susu kedlm loyang.

  6. last skali kat permukaan renjiskan serbuk kayu manis - jgn terlalu banyak nnt pahit pulak

  7. sedia utk dibakar dlm ketuhar selama 20 minit klu nak garing xtra lagi 10 minit

2 ulasan:

  1. ok, leh buat, bahan dah ada:-) yang tak de loyang aje!! tensen tul..kena cari loyang plak..huhu

    BalasPadam
  2. hujung-hujung minggu ni bagus buat n3 makanan. bolehlah bersilat bagai kat dapur ahaks...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails