Rabu, 30 Januari 2013

mencari songkok bersaiz kecil

semalam... gigih Maria berjalan kaki... dari ofis di area Maju Junction... lepas tu menyusur satu persatu kedai di area Jalan TAR semata-mata nak mencarikan songkok buat Luqman... hampir semua kedai yg Maria jumpa (yg menjual songkok) takde menjual songkok bersaiz kecil... saiz paling kecil hanya saiz 21... huhuhu... kata mereka 'kalau raya adalah stok'... alamakkk...

rezeki Maria bila owner salah sebuah kedai di jalan TAR menyarankan agar Maria ke Wisma Yakin untuk mencari songkok bersaiz kecil disana... bagi yg tak pasti dimana lokasi Wisma Yakin - ianya terletak berhampiran dgn Masjid India... ok cuba google kat mana Maju Junction pastu pegi ke Masjid India... tengok berapa km Maria jalan... hehehe...dah mcm menyahut seruan kerajaan - 10000 langkah sehari... :p

Alhamdulillah... niat baik insyaAllah akan dipermudahkan... akhirnya jumpa kedainya... ada 4-5 kedai yg menjual songkok... dan bila Maria beritahu Luqman pakai songkok saiz 19 1/4 skrg ni... jurujual kedai tersebut mencadangkan agar Maria ambil saiz 19 3/4 shj... kata dia kalau ambil saiz 20, takut terlalu besar pula...

ya... jurujual tersebut mmg berpengalaman... songkok yg Maria beli semalam muat elok (longgar sedikit shj)... tapi selesa utk dipakai... tak la ketat macam songkok lama Luqman... dan Luqman pun nampak happy nak pakai songkok...

dah bersiap sedia nak pergi mengaji... Luqman nampak seronok sangat pergi mengaji dirumah ustaz... iye la dapat keluar rumah - jalan kaki lagi... sama-sama dgn kakak laila + nayli... kadang-kadang ada kawan-kawan mengaji yg tersaing pergi sekali - mesti la seronok kan jalan ramai-ramai... :)

mudah-mudahan tercapai impian untuk menjadi 'Ustaz Luqman'... amin.

5 ulasan:

  1. aler kak, tak bitau...irfan ada songkok kat rumah tu...tak muat daha tau...kalu idak leh jek kasi kat luq kalu dia muat...hehehe

    BalasPadam
  2. Ameen.moga2 luqman dapat jd ustaz luqman..inshaallah..

    BalasPadam
  3. memang patutlah peniaga Wisma Yakin bising masa Bazar dpn Masjid India tu nak buat, dah jadi tersorok, susah nak parking.

    Maria pun x tahu Wisma Yakin tu kat ner..heheheh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha ah... terpusing-pusing mencari nya... :)

      Padam
  4. saya pulak mencari pelekat size kecit
    belum ke kedai lagi

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails