Jumaat, 30 November 2012

Tip memandu semasa hujan

lama saya tak update blog ye... bermula dengan keadaan kesihatan yg kurang baik... lepas tu album picasa penuh pula... saya tak berkesempatan nak edit blog... penat nak kejar semua perkara...

dan sekarang ni musim hujan pula... hampir setiap hari hujan... kalau sekadar hujan renyai - tak mengapa lah... ini hujan lebat... selebat-lebatnya... kalau hujan lebat lebih 2 jam - air naik hingga terjadi banjir kilat... perkara ini berlaku di kawasan 'kampung' tempat tinggal saya... saya dah risau tengok di hadapan rumah jiran, air telah mencecah aras beranda rumah dia... tong sampah di hadapan rumah saya pun hanya kelihatan separuh sahaja...

ok... melalut sudah... balik kepada tajuk... pasal tips pemanduan semasa hujan... Maria tahu ramai yg kelam kabut nak balik bila hujan (nak angkat kain di jemuran yer?... ;p)... tips memandu semasa hujan ni Maria dapat semasa menonton rancangan Malaysia Hari Ini tempohari... ala masa Maria cuti-cuti hari tu la... ;p

tips yang sangat berguna... suka Maria nak kongsikan dengan kawan-kawan semua... ;p

1. Pertama... pastikan anda bersedia... dan kereta juga bersedia sekiranya hendak memandu semasa hujan... kalau tidak cekap memandu didalam hujan... lebih baik tangguhkan perjalanan... manakala persediaan kereta pula, pastikan wiper berfungsi dalam keadaan baik... dan lampu kereta juga berfungsi... lampu meliputi lampu depan dan lampu brek kedua dan ketiga... begitu juga aircon dan deforger mesti dalam keadaan baik... (takkan korang nak drive dgn buka tingkap masa hujan kan...)

2. Nyalakan lampu kabus...kalau perlu nyalakan sahaja lampu utama... jangan pasang LAMPU KECEMASAN... ok... lampu kecemasan digunakan ketika kenderaan berhenti untuk kecemasan. , bukannya ketika sedang bergerak... apalagi di dalam hujan... ini tidak Maria lihat ada sesetengah pemandu suka je nak nyalakan lampu hazard ni... konfius tau... ingatkan kereta tu berhenti sebab rosak / kecemasan... ini tidak elok je kereta bergerak... :(

Menyalakan lampu sangat penting... bukan sekadar memudahkan untuk kita yg drive ni melihat kenderaan didepan... tapi juga untuk memudahkan orang lain melihat kenderaan kita... nak nak lagi kalau kereta kaler kelabu atau putih... pasang la lampu... susah nak tengok kalau hujan lebat tau... (sebab ini la saya suka kereta kaler gelap/hitam... dalam hujan mudah dilihat... tapi kalau dalam gelap - samar-samar juga... ;p)

3. Jangan memandu terlalu perlahan... atau pun terlalu laju... ala... rilek la... sederhana je... lagi pun jem... nak laju macam mana kan... kalau laju sangat karang tercium kereta depan kan haru tu... ;p

4. Pakai cermin mata 'sunglass' yang berwarna amber (coklat)... Cermin mata berwarna amber bagus untuk memandu semasa berkabus atau hujan kerana warna coklat kemerahan dan oren memberi warna lebih jelas kelihatan. Tak percaya, try la dulu... 

yup... yg ini dulu Maria tak tahu... masa dengar kat tv tu rasa macam tak caya je... tapi oleh sebab sunglass Maria mmg glass warna coklat, jadi kita cuba la guna semasa hujan... wah... beza tau... kalau biasanya warna kereta kelabu atau putih kelihatan sama dengan warna hujan dalam hujan lebat... tapi bila dah pakai spek... nampak beza warna itu... sebab apa... kereta memang ada pigmen warna sedangkan air hujan yang sebenarnya tiada warna... jadi bila pakai je sunglass warna coklat tu... nampak beza warna kereta dengan air hujan... macam keadaan masa senja je effect dia... so... jangan ketawa kalau tengok orang drive pakai spec masa hujan... ada sebab tu...

ok... ini dulu tip untuk hari ini... ingat Don't Drink & Drive... hehehe... 
pandu dengan lebih hati-hati semasa hujan... pesanan dari Honda... the Power of Dream... ;p


2 ulasan:

  1. Satu lagi tips: pastikan brek betul-betul makan, kalau brek ada masalah tangguhkan seketika perjalanan. Ini kerana brek yg tak sempurna di kala hujan boleh menyebabkan kereta tersasar.

    Tips pakai cermin mata 'sunglass' yang berwarna amber (coklat) tak pernah pula JR dengar. Terima kasih atas tips ini...

    BalasPadam
  2. Saya pun pernah cuba memandu masa hujan pakai spek color seakan coklat dan ianya banyak membantu.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails