Jumaat, 2 November 2012

saya admire dia...

kalau sebut nama - rasanya ramai yang tahu / kenal... ialah dah dia popular... tapiii... walaupun popular... dia bukan la artis penyanyi atau pelakon... dia ni chef je... chef yg luar biasa... :)

mungkin ada yg cakap - ala mat salleh, boleh la... ok... bukan topik bole tak bole yg Maria nak cerita... tapi pasal keinginan dia - dia chef Jamie Oliver... kenal tak? kalau rajin layan astro chanel 707 biasa la tengok dia  ni...

rancangan dia bukan sekadar rancangan masakan biasa... masak-masak-makan... tak... bukan macam itu... kebelakangan ini Maria suka tengok rancangan dia 'Food Revolution' biasanya Maria tonton hari sabtu jam 11 pagi (kalau tak silap masa nya)... 


rancangan dia berkaitan dengan usaha dia dalam mendidik cara pemakanan kanak-kanak sekarang... kebanyakan kanak-kanak di Amerika (kampung dia la... ;p) tak kenal sayuran... dan tak tahu asal usul makanan... yg mereka kenal pizza, kentang goreng, ayam goreng, nugget juga burger... kasihan... cuma makanan segera yg mereka tahu...

pihak pengusaha kantin sekolah juga tak mahu buat kerja lebih... nak yg mudah sahaja... semakin mencabar Jamie dalam usaha untuk memperkenalkan makanan sihat... huh... dan banyak kes kanak-kanak berusia 5 tahun sudah mencapai berat obesiti kerana pengambilan gula yang banyak... :(

Maria percaya... dalam menuju arus kemodenan sebahagian masyarakat kita di sini pun hampir macam itu kan?... anak tak mahu makan sayur... tapi sukakan kentang goreng... suka kan pizza... sukakan susu coklat dari susu putih... :(

sangat berbeza dalam rancangan Jamie 'Trip To Europe'... kanak-kanak disana diberi makan pasta yang dibuat / dimasak sendiri dengan menggunakan tomato puree juga yang dibuat sendiri... bukan tomato puree dalam tin... bila Jamie ke sekolah dan buat kuiz... hampir semua kanak-kanak yg berusia 3-4 tahun kenal sayuran... dan tak ada masalah bila dihidangkan pasta dengan salad untuk makan tengahari... wow... kagum...

Maria kata, dua-dua 'mat salleh'... tapi cara didikan mereka sangat berbeza... dari kekaguman Maria terhadap Jamie itu juga... Maria sedang usahakan agar anak-anak Maria 'mahu' makan sayur... ya... Maria sama macam ibu-ibu lain di Malaysia ni... ramai yg berkata 'anak tak mahu makan sayur'... sebab apa?... 

sebab kita disini terlalu banyak pilihan makanan... tak mahu makan sayur bole makan ayam goreng atau burger sahaja... walaupun semasa bayi kita sumbat dgn bubur nasi bercampur bayam... bila dia besar sikit dan pandai memilih... akan keluar la ayat 'tak mahu sayur - tak sedap' sebab ada pilihan makanan lain yg lebih sedap...

ya... punca wujud nya 'taman ramuan' di belakang rumah saya kerana mahu tanamkan minat anak untuk menikmati sayuran... saya dapati sayur yg ditanam sendiri 'manis' kerana 'fresh from garden'...
ya... saya dapati Luqman lebih menerima sayuran berbanding kakak dia Laila... :)

kita adalah apa yang kita makan... 
 jadi bentuk generasi akan datang dengan makanan yang sihat... kita bertanggungjawab di sini...

4 ulasan:

  1. saya juga kagumi Jamie Oliver. Dia ada karisma dan wajar dijadikan contoh ikutan. Dia mahu mengubah dunia melalui masakan.

    BalasPadam
  2. tu lah. aqil pun dah pandai memilih mknn :-)

    BalasPadam
  3. teringat cite shin chan.. xsuke sayur piman (sy rasa capsicum).. siap kena marah n paksa2...
    teringat adik sy yg dok atur sekecik2 sayur kt tepi pinggan sbb x suke sayur...

    kena ajak anak2 tanam sayur n masak sesama baru xcited nk makan sayur kot.. ke camne kak?

    x suke sayur peria...

    BalasPadam
  4. cikbedahlaser : hehehe... akak pun takpandai makan peria... sbb 1st time kenal - rasa peria tu pahit... sampai sekarang fobia... selain peria... turi pun akak tak bole masuk... lain-lain ok lagi... :)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails