Isnin, 1 Oktober 2012

takziah... Al-Fatihah...

kelmarin - hari Ahad... en.ejaM, Maria join jamboree berbasikal di UPM... anjuran Desa Tasek Cycle Club... jamboree kali ini adalah kayuhan lebih 40km... kata en.ejaM meter dia baca 46km... huh... nasib baik la Maria awal-awal lagi dah reject tak mau join jamboree ni... kalau tak sure balik naik lori sebab tak bole habiskan kayuhan...

trek berkayuh kali ini kata en.ejaM ramai yang merungut... trek teruk... lebih banyak tolak basikal daripada kayuh... dah la trek teruk... air minuman kat check point pun tak cukup (kata ada 100plus sponsor?)... paling tak best... penganjur tak bagi medal untuk semua participant yg berjaya habiskan berkayuh... penganjur bagi hanya untuk 200 peserta pertama yang sampai sahaja... ada ka macam tu ???

untuk event jamboree basikal ni pada Maria memang biasa la kalau ada yang tercedera... tapi kali ni kata en.ejaM Maria ramai yg cedera - jatuh... dan paling tak best... ada participant yang meninggal dunia pula... katanya serangan jantung... 

tragedi kematian seorang rider kali ini telah pun dipaparkan di muka hadapan Harian Metro semalam - Isnin... boleh klik link ini untuk cerita lanjut...

KUALA LUMPUR: “Saya lihat mukanya kebiruan dan tercungap-cungap,” kata Mohd Faris Adli Mat Nawi, 34, yang cuba memberi bantuan sebelum Mohamad Samsul Ariffin, 31, meninggal dunia selepas menyertai Kejohanan Lumba Basikal Bukit Universiti Putra Malaysia (UPM) 2012, dekat sini, semalam. 

 TINGGAL KENANGAN...Mohamad Samsul tidak sedarkan diri sebelum sempat menamatkan perlumbaan.
Takziah untuk keluarga Mohammad Samsul Ariffin atas musibah yang terjadi... Al-Fatihah
walau pun kita tidak mengenali... tapi kita sama-sama rider MTB...tumpang sedih dan simpati atas tragedi yang terjadi :(

2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails