semalam saja-saja buat check-up tekanan darah (itu pun sebab pegi beli ubat... ;p)...
sebab kebelakangan ini selalu rasa pening... risau juga adakah saya kena darah tinggi (ye la... perasan stress kebelakangan ni...)
tapi hasil yg saya dapati bukan darah tinggi... sebaliknya tekanan darah rendah... alamak... apa pulak tu... nurse tanya ada rasa pening tak?... masa tu saya tak pening jadi saya jawab tidak... bila dah balik ofis baru perasan... bukan ke lately ni selalu je rasa pening-pening... lewat makan pun bole pening?... (tolong jangan ingat saya pregnant pulak...hihihi ;p) tapi Maria fikir mungkin sebab PMS (kotttt)... jadi abaikan... tapi asyik pening je mana bole abai kan?
bila dah tahu darah Maria rendah... baru la cari apa?.. kenapa?... bagaimana segala la...
meh kita share sikit apa yg Maria dapat tahu...
Tekanan Darah Rendah juga di ketahui sebagai Hipotensi...
manakala Tekanan Darah Tinggi di ketahui sebagai Hipertensi...
Adalah lebih mudah untuk menguruskan Tekanan Darah Tinggi kerana terdapat banyak ubat yang mudah diperolehi... namun bagi Tekanan Darah Rendah lebih sukar untuk di urus kerana hampir tiada ubat untuknya... Hipotensi di anggap ganguan kesihatan hanya apabila ianya menyebabkan gejala pening, pitam atau pengsan...
Seseorang dikatakan berada dalam keadaan darah rendah apabila bacaan tekanan darah kurang dari 90/60mmHg... pastikan juga ianya tidak kurang dari 50mmHg... yg mana sekiranya bacaan tersebut terlalu rendah boleh mengakibatkan aliran darah di dalam koroner jantung berkurangan dan berisiko untuk mendapat serangan jantung... (semalam bacaan darah Maria 96/68mmHg... )
antara punca terjadinya Hipotensi adalah kerana :
- Dehidrasi, kurang minum air masak, demam, diarhea, muntah.
- Pengambilan ubat darah tinggi, ubat jantung, anti-depressi, ubat disfungsi ereksi juga ubat untuk parkinson.
- Penggunaan diuretik berlebihan.
- Mengalami anemia, infeksi berat, gangguan jantung, gangguna endokrin (termasuk hipertiriod, hipotiriod, diabetes, kadar gula rendah dlm darah).
- Terlalu lama dibawah sinaran matahari atau suhu panas, kehamilan, terlalu lama baring kerana sakit, usia makin tua.
sebahagian daripada cara untuk mengawal Hipotensi :-
- Pilih makanan yang sesuai seperti daging, durian serta menambah sedikit pengambilan garam. Elak makanan seperti bawang putih, daun bawang, kangkung, labu siam, lobak, timun dan makanan yang boleh menurunkan hipertensi.
- Melakukan senaman aerobik atau senaman ringan. boleh lakukan senaman high-impact juga low-impact.
- Jika sedang melakukan sebarang aktiviti dan terasa pening atau pitam - berhenti dari aktiviti tersebut. Duduk atau baring dengan kedudukan kaki ditinggikan daripada jantung agar darah mengalir kebahagian atas tubuh badan. Pastikan mata terbuka (dlm keadaan jaga) untuk mengelakkan daripada pengsan.
lakukan perkara-perkara berikut jika kamu penghidap hipotensi :
- Bangun dari duduk atau baring secara perlahan
- Jangan berdiri terlalu lama
- Jangan berada terlalu lama dibawah sinaran matahari
- Diet rendah karbohidrat
- Banyak minum air putih
- Hindari pengambilan alkohol
- Jika perlu, tambahkan garam dalam makanan
- Melakukan aktiviti senaman secara teratur
****
kalau ikutkan punca (yg kat atas tu)... rasanya takde pulak Maria ambil ubat-ubat pelik-pelik... takde demam ke muntah ke cirit ke... ok je... berpanas-panas kat bawah matahari pun takde... malah bersenam lagi - dalam seminggu ada 3/4 kali aktiviti berbasikal + hari-hari gardening aktiviti waktu petang...
tapi entah... dah darah nak turun rendah juga... tak faham la kita... kalau dalam minggu ni tak ok juga - kita pegi la jumpa doktor yek... :)
hurmm...tinggi susah, rendah pun susah...
BalasPadamdah tu kena maintain tu kak
Istri saya pun dulu pernah kena darah rendah. Doktor nasihatkan banyak mkn daging dan kerang utk naikkan tekanan darah. Masalahnya bila tekanan darah dah OK dia masih suka mkn daging dan kerang...takut pula nanti dpt darah tinggi!!
BalasPadam