Jumaat, 20 Januari 2012

makaroni cheese

salam pagi jumaat...
jumaat ke-3 dah dalam tahun 2012...

emmm... lama sungguh tak buat entry pasal masak-masak kan?... 
balik-balik pasal rumah... tak pun pasal laman... pasal makan-makan... hurmmm...
ok... kali ni layan satu resepi western ni... Makaroni Cheese... ni gara-gara Kenny Rogers buat offer buy 1 free 1 meal, hari tu la... tetiba je teringat kat Makaroni Cheese KRR yang sedap tu... rasa nak makan tapi tak mo la pegi KRR tu... ;p

jom kita layan... resepi yg Maria jumpa ni hasil google... jumpa kat satu 'thread'... lepas copy lupa nak ambil link... bila cari balik dah tak jumpa... tapi resepi ni Maria dah modify la... sbb kalau ikut asal resepi ni untuk makan dengan wedges... kiranya cheesy wedges la... tapi ubahsuai sket ikut resepi makaroni cheese dari blog ini...

jom layan...
  
Bahan-Bahan
250 gm pasta - suke hati nak yg makaroni bentuk paip ke, bentuk ribbon ke, atau shell ke... mana-mana pun bole... yg dlm gambar tu Maria guna bentuk shell... ;p

Bahan Sos :-
100gm shredded cheddar cheese "Emborg" brand-yg warna oren @ cheese slices..yang warna oren juga - klu takde belasah je cheese brand apa pun... rasa sedap gak... ;p
30gm sudu besar mentega
3 sudu besar tepung gandum
1 cawan (lebih kurang 250ml) susu segar
1/2 cawan (125ml) air suam/panas
2 sudu besar sour cream / yogurt perisa asli 
1/2 sudu teh paprika - bole gak letak serbuk cili klu nak...
garam dan lada sulah - ikut rasa...

Cara-cara :-
1. Rebus air hingga mendidih... tambah sesudu minyak zaitun... kemudian masukkan pasta... biarkan hingga pasta lembut... angkat dan toskan.
2. Panaskan non-stick pan. Cairkan butter dan masukkan tepung gandum. Gaul rata-rata jgn sampai hangus / bergentel (Maria guna 'wisk' utk kacau kuah sos mcm ni)
3. Masukkan susu dan kacau hingga sederhana pekat .
4. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair - masa ni kuah akan jadi pekat semula klu nak mudahkan cheese cair serata masukkan air panas...
5. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya.
6.Bila dah pekat (ikut suke tahap kepekatan yg korang nak)... bole tutup api... pastu kalau nak letak terus makaroni dan gaul dlm kuah pun bole... klu tak nak gaul... letak makaroni dlm mangkuk... pastu bole tuang kuah atas makaroni tu... bila nak makan baru gaul... ikut suke korang la...



I'm pasta lover... ;p

7 ulasan:

  1. amboiii..tak tahan tgk cheese tuuu..

    BalasPadam
  2. kalo ada kerajinan nanti nak cuba juga..
    tapi kalo xde kerajinan tapi ada teringin nak makan juga, kena la singgah KRR.hohoho

    BalasPadam
  3. salam - nampak sedap....suka juga makaroni cheese ni

    BalasPadam
  4. Lynn : kalau pegi KRR tak cukup rm50... ;p
    baik masak... tak abis rm50... ;p

    BalasPadam
  5. kak lina : sedap tapi klu makan banyak sangat muak... ;p

    BalasPadam
  6. Hi there to every one, the contents present at this site are truly awesome for people knowledge,
    well, keep up the good work fellows.
    Feel free to visit my page - know memes

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails