Jumaat, 25 Mac 2011

Puding Tapai

hi...
lama tak tulis pasal resepi kan?
asyik bz... bz... bz...
bz keje la... bzkan laman ngan pokok la... bz pegi bercuti la... ^_^
ok... pagi hari ni nak masukkan resepi puding tapai...
puding ni Maria buat utk majlis beday kakak kak long hari tu...
just nice... kalerful... ;p
masa dlm bekas...

pandangan sisi... cantik kan ???

jom semak resepi :

Bahan A
1 mangkuk tapai
1 tin susu cair
1 biji telur
1 senduk gula
secubit garam

Bahan B
1 peket agar-agar (30 gram)
pewarna merah dan hijau

Cara buat :
1. Satukan semua bahan A. Blend hingga sebati.
2. Masak agar-agar hingga cair... kemudian bahagi kepada 3 adunan.
3. satu adunan di letak pewarna hijau dan terus tuang ke dalam loyang / acuan.
4. satu adunan lagi campurkan dgn Bahan A yg sudah di blend. tuang keatas adunan yg bewarna hijau tadi... (ambil masa sekejap agar layer hijau tadi beku sedikit baru tuang bancuhan tapai...)
5. adunan terakhir letakkan pewarna merah... juga kena tunggu seketika sementara adunan tapai tadi beku sedikit... kemudian sejukkan... simpan dalam peti ais... 
sedia untuk di hidang...

Senangkan ??? 
selamat mencuba ^_^

6 ulasan:

  1. tapai pulut ke tapai ubi ni kak...

    BalasPadam
  2. eh... tak tulis tapai apa ye.... tapai ubi je... tp bole juga klu nak ganti dgn tapai pulut... ;p

    BalasPadam
  3. mak cakap kita tak bole makan tapai =(

    BalasPadam
  4. Syida : ala ni puding... ;p

    BalasPadam
  5. ctnurkhijah : selamat mencuba... ;p

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails