Sabtu, 27 Julai 2013

Al-Fatihah untuk Ridhwan Muhammad Wan Omar

Salam 18 Ramadhan

pagi ini semasa bersahur kami (en.ejaM & Maria) dikejutkan dengan berita sedih... sahabat berbasikal kami Ridhwan Muhammad Wan Omar @ Bob telah kembali ke rahmatullah. Innalillahiwainnailaihirajiunnn...

terkedu kami berdua... sebab baru je beberapa hari lepas kami berjumpa arwah...malahan sebelum puasa tempohari, Maria sendiri ada membeli cheese tart yg diniagakan oleh arwah... Maria suka usik dia tentang cheese tart... arwah suka tulis 'chess tart'... naya org makan 'tart buah dam' Bob... :)

tapi itu lah.. janji Allah itu benar...

arwah dalam perancangan untuk berkahwin... jangkaannya pada bulan November nanti... dan atas sebab itu la arwah giat mempromosikan 'chess tart' dia... katanya nak kumpul duit - nak kahwin... dewan pun dia dah book... tempohari semasa jumpa arwah ada britahu nak pegi jumpa katerer utk test food...

sebak... ya saya rasa sebak atas pemergian dia... arwah rakan berbasikal yg baik... rajin menolong juga menunjuk ajar... paling tak tahan... kalau ada jamboree yg Maria sertai, dia antara org yg paling kuat bersorak bila Maria tiba digarisan penamat... huhu...

kenangan ketika jamboree Sutama Sg. Buluh...
arwah yg bercermin mata gelap duduk bersebelahan dgn Maria...

arwah meninggal akibat kemalangan jalanraya... dia menunggang motorsikal utk pulang ke rumah lewat jam 1 pagi, katanya dilanggar lari oleh pemandu mabuk... arwah cedera parah dibahagian kepala dan meninggal dunia ditempat kejadian.

Jenazah allahyarham dijangka dibawa pulang dari Hospital Serdang sebelum tengahari ini... dan dibawa ke Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak untuk urusan pengebumian selepas Zohor hari ini (25/7/2013 - Ahad)

Al-Fatihah untuk arwah Ridhwan Muhammad... 
semoga roh mu dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan org yg beriman..amin

5 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails