Jumaat, 5 April 2013

terima kasih daun keladi

amboi la kemain ber-peribahasa... hehehe... ok...serius...

entry terima kasih ni, untuk adik-adik yg buat praktikal kat ofis Maria selama 3 bulan ini... sebenarnya jumaat lepas kat ofis ada buat jamuan makan-makan (nak buat entry tu - tak edit gambar lagi...) jamuan makan-makan tu lebih kepada majlis perpisahan... sebab ada beberapa orang pegawai dari unit Maria ni akan bertukar ke unit lain...

dalam masa yg sama, adik2 yg praktikal tu pun habis akhir bulan tempohari... jadi kita buat makan-makan sekali la bagi hadiah / cenderahati sket sebagai tanda kenangan... kannn...

hari Isnin berikutnya Maria cuti kecemasan sbb Luqman demam... tak sangka adik ber-2 yg praktikal tu datang ofis semula - bagi hadiah kat kita... alahai... touching you... hihi...

terima kasih banyak-banyak kat Syeela dan Qiela... 
lepas ni sambung belajar elok-elok... belajar tinggi-tinggi lagi yerrr... kak Maria harap ilmu yg korang dapat sepanjang berada kat ofis ni dapat la dimanfaatkan sepenuhnya selepas keluar belajar / bekerja nanti... good luck dear...

2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails