Selasa, 18 September 2012

Yang Indah Hanya Mimpi...

adoiii... letih lepas membaca novel ini... karya terbaru Sharifah Abu Salem...
ya... Maria memang meminati tulisan Sharifah Abu Salem... sangat...sangat meminati beliau (hinggakan pernah bercita-cita nak jadi penulis macam dia... kononnye...)

suatu masa yang lalu SAS pun pernah menulis di majalah - sekejap... lepas itu tiada lagi... dan kini terbaru buah tangan dia - Yang Indah Hanya Mimpi

kalau di ikutkan Yang Indah Hanya Mimpi ini novel sambungan dari tulisan SAS yg sebelum ini... bermula dengan Tak Seindah Mimpi... kemudian - Tak Semanis Impian... diikuti - Tiada Lagi Mimpi...
dan tiap kali membaca karya SAS ini - Maria pasti menangis... haduiii... dalam hati ada taman... cannot tahan lorrr... T_T

serius... kali ini konflik cerita antara Norjinah, Razif, Norseha dan Badrul semakin kronik... hari tu ingatkan konflik adik-beradik dengan cinta diorg dah macam ok... tapi kali ni banyak pulak watak nasi tambahan mengeruhkan lagi keadaan... 

satu perkara yang Maria perasan... dalam tulisan SAS ini... dari awal cerita (novel dulu-dulu lagi)... hubungan antara watak terlalu banyak rahsia... pada Maria dalam hubungan suami isteri kepercayaan dan komunikasi itu sangat penting... tiada perkara yg menjadi rahsia antara suami isteri... kalau nak rahsia kisah silam itu ok lagi... pada Maria itu past-time + sejarah... tapi untuk masa yg sedang dan akan di lalui... rahsia adalah racun dalam hubungan suami isteri...

untuk sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau belum berkahwin... novel ini sesuai di baca sekadar untuk menjadikan contoh - mengapa Maria kata kepercayaan dan komunikasi itu penting... suami isteri Allah jadikan untuk melengkapi kekurangan diri sendiri... jadi kenapa nak berahsia kan?... memang Maria tak nafikan kadangkala berterus-terang itu menyakitkan... tapi tak mengapa kalau sakit kerana luka yg sedikit - ianya cepat sembuh berbanding sakit bila luka parah... hehehe... boleh faham ke?... sudah keluar ayat sastera la pulak... ;p

ok... selamat membaca bagi yg ingin dapatkan novel ini dipasaran... lagi best kalau baca dari novel pertama dia... sambung novel ke-2 dengan ke-3... gerenti korang faham kenapa Maria menangis... hehehe...

ending cerita ini ?... korang baca lah sendiri... ;p
ok... selamat menangis bersama Yang Indah Hanya Mimpi... ^_^

5 ulasan:

  1. Erk. Saya kurang minat novel cintan cintun. Mungkin sesuai untuk wanita sahaja. =P

    BalasPadam
  2. Sharifah Abu Salem adalah penulis yang matang... sekali kamu baca mungkin kamu akan suka tulisan dia... novel ke-4 ini lebih kepada kehidupan suami isteri... bukan lagi cinta remaja...
    saya layan novel sesekali sebagai sesi merehatkan minda tapi novel pilihan saya biasanya tulisan SAS atau pun Ramlee Awang Murshid... hehehe... RAM pula penulis novel seram / thriller... selain mereka berdua saya juga suka tulisan santai Abdul Jalil Ali... sempoi... :)

    BalasPadam
  3. kak maria.. leh tak bagi nombor... 1st xseindah mimpi. no. 2?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan akak dah list out kat atas... yg dah highlight tu... tak perasan ye...

      1st - tak seindah mimpi
      2nd - Tak Semanis Impian...
      3rd - Tiada Lagi Mimpi...
      yang ke-4 - Yang Indah Hanya Mimpi... ;p

      Padam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails