Memaparkan catatan dengan label resepi cantik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi cantik. Papar semua catatan

Rabu, 2 Jun 2010

resepi detox

salam...

jumpa lagi untuk segmen resepi kecantikan dari dapur... resepi hari ni berkenaan dengan cara untuk membuat mandian detox... mandian ini bagus untuk menyah toksik yang keluar daripada pori-pori tubuh dan membantu menyegarkan kulit badan kita...

ok check resepi :-

* suku cawan halia yg ditumbuk / blend hancur @ serbuk halia
* suku cawan serbuk penaik

cara:
jika menggunakan halia hancur, gaulkan dengan serbuk penaik dan bunjutkan kedalam kain, kemudian rendamkan bunjut tersebut ke dalam tab.
Jika menggunakan serbuk halia, campurkan bahan tersebut dan boleh terus dilumur pada tubuh. Setelah itu lalukan bersama air hangat.


lepas mandi badan akan terasa hangat2 tapi tak la panas... (lebih2 lagi jika guna halia yg ditumbuk..) emmm best!
selamat mencuba...

Selasa, 1 Jun 2010

mandi bunga

salam kawan2...

ok... hari ni nak letak resepi untuk mandi bunga pulak... yang ni mmg febret Maria ngan anak-anak... Laila & Nayli pun suke...
dulu-dulu yang Maria faham orang yang nak kawen je mandi bunga - tujuan nye nak naikkan seri pengantin, tak pun kalau ade anak dara yang single takde org berkenan pun macam tu jugak nak berubat, bidan buatkan mandi bunga... hehehe...
skrg ni kalau pegi mana2 salon kecantikan utk perempuan, mandi bunga ni dah biasa je... so... apalagi kita buat dirumah lerrrr... lagi syiok!

check bahan2:
* tujuh jenis bunga berbau harum (ros merah, melur, melati, cempaka, kenanga, kekwa, kesidang... etc) kalau boleh berlainan warna
* sedikit garam
* sebiji limau nipis dan limau purut dihiris-hiris
* minyak aromaterapi (ikut suke nak bau ape kalau takde pun tak pe)
*gambar ambil dari google*

cara:
leraikan bunga2 tersebut dan masukkan ke dalam baldi semua bahan yang lain... gaulkan...
selepas itu baca ayat dibawah:

Bismillah.
Selawat
Baca ayat kursi (3x)
Baca 4 Qul
Baca Surah Al-Nur
sambil membaca ayat itu gaulkan air dgn bunga2 tersebut...
dah sedia utk dimasukkan kedalam tab mandi dan berendam...

ok kalau takde tab mandi, mandi bunga ni masih lagi bole dilakukan, cara nye mudah saja... iaitu dengan menceduk air mandian tersebut segayung demi segayung dan ratakan ke seluruh tubuh.. senang kan?

Mandi bunga ni, dipercayai mampu menaikkan seri diri, melalui pengaruh psikologi di mana bunga mempunyai aura yg mampu meresap ke dalam diri dan perasaan baik seseorang... ok...

sbb tu org tak buat mandi bunga dengan bunga taik ayam...

orait... selamat mencuba...

Sabtu, 29 Mei 2010

resepi mandi susu

salam kawan2

hummm... resepi dari dapur lagi... kali ni cara-cara nak buat sendiri 'mandi susu'... mmm best tau, lebih2 lagi kalau buat dalam bathtub... syoikkkk!!!...

Bahan:
* tiga cawan susu tepung
* suku cawan oatmeal
* sedikit minyak pati - ikut kegemaran masing2
* suku cawan serbuk badam
* satu kapsul vitamin E (bukakan)
* suku cawan cornstarch

Cara:
* Gaul sebati kesemua bahan. Masukkan ke dalam peti sejuk. Apabila hendak mandi bungkuskan kedalam kain kasa atau tuala kecil, ikat ketat-ketat dan gantungkan pada pili tab mandi. Biar air suam melalui bunjut tersebut dan boleh lah berendam dengannya...

mmm... best tau, kalau tak de bathtub, gantung kat bawah shower pun syok jugak, tapi kalau ade bathtub apalagi tambah la kelopak bunga ros sebelum berendam... lagi la syok... mmg macam kat spa!

selamat mencuba...

Khamis, 27 Mei 2010

Resepi kecantikan dari dapur...

salam kawan2...

:) ... mood ceria sbb esok cootii... yey... aktiviti?... pegi umah bawah la... berkebun... nak pindah masuk tak boleh lagi... :)

so ape nak buat? sementelah blog baru yang dicanang-canangkan pun tak siap2 lagi... nak masuk resepi masakan, oven tak balik dari spital lagi... ohhh ade resepi baru... ini hasil drpd kerja2 mengemas rumah, jumpa majalah2 lama... tak nak simpan majalah ni : bakal dilupuskan... tapi resepi kecantikan untuk mencipta suasana spa dirumah sendiri... menggunakan bahan2 dari dapur... waw... waw... waw... best...

kita salin resepi pertama...

PENGELUPASAN SEL KULIT MATI (EXFOLIATING)
Bahan2 dari dapur:
* satu cawan gula
* satu cawan buah kranberi segar
* setengah cawan minyak badam
* 15 titis pati minyak limau / ape2 pati yg disukai
   (bole juga diganti dgn jus lemon, utk menaikkan aroma)

Cara:
Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Basahkan kulit tubuh. Gunakan samaada tangan atau tuala untuk menggosok ramuan scrub tadi ke serata tubuh secara memusar menghala ke atas. Lamakan menggosok dibahagian kulit yg kasar spt siku dan lutut. Bilas dgn air suam atau air biasa.

ok... kaedah ini sama seperti menggunakan scrub yang kita beli dipasaran, bezanye bhn yg kita guna adalah segar dan tiada kimia pengawet...

dan lagi melakukan scrub pada kulit ni bagus diamalkan seminggu sekali, utk menanggalkan sel2 kulit lama dan ini juga memudahkan sel kulit baru disuburkan. sekiranya sel kulit mati dibiarkan, kulit akan menjadi kusam, kering dan berdaki.

Jangan lupa pakai losyen badan setelah selesai melakukan scrub.

ok... selamat mencuba... jumpa lagi dengan resepi kecantikan akan datang :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails