Rabu, 5 September 2012

kisah Nayli dengan RM100

semalam - belum tengahari pun... Maria sampai kat sekolah Nayli... mula-mula jumpa Cikgu kelas dia (Cikgu Azlin) ... cerita hal Nayli semalam... kemudian Cikgu Azlin bawa jumpa Cikgu Shamsudin - ini cikgu penyelaras kelab catur di sekolah... sambil tu cikgu Azlin suruh seorang murid lain panggilkan Nayli ke Perpustakaan -  tempat di mana Maria dan Cikgu Shamsudin berbincang...

kata Cikgu Shamsudin... dia takde terima wang bayaran tanpa borang... dan lagi kelab catur yg berbayar itu hanya untuk pelajar tahap 2 (darjah 4,5 & 6) - ini kelas untuk improve lagi skill... untuk kelab catur sekolah 'FREE' sahaja... kelas pada setiap hari Selasa jam 1.40 petang hingga 2.30 petang... 
hadui la Nayli ini... :(

ketika Nayli sampai Maria tanyakan lagi... duit semalam bayar pada siapa... mula-mula dia diam... 
Maria tanya 'bagi pada Cikgu ni ke? (tunjuk Cikgu Shamsudin) - geleng...
kemudian Cikgu Shamsudin tanya juga 'mana duit tu'... jawab dia 'ada tinggal kat meja'... (phewww... berderau darah...)
tanya lagi - kat meja kelas ke?... pegi ambil... jawab Nayli - dia letak kat meja kelas KAFA... (haaaa??? lagi laju jantung aku dup dap dup dap... rasa nak marah je - semalam kata bagi cikgu...)
cepat-cepat Cikgu Shamsudin kata... 'ha pergi ambil cepat, sebelum waktu rehat mula... nanti kalau org jumpa duit tu org ambil...'

Alhamdulillah... syukur... duit tu elok je terletak bawah meja, Nayli selitkan bawah buku... masih rezeki kami - duit tu tak hilang... syukur... syukur... lega....

dan... oleh sebab dah berkenalan dengan Cikgu Shamsudin... Cikgu pun dah kenal Nayli... jadi secara rasminya Maria minta Cikgu Shamsudin ambil Nayli jadi anak murid kelab catur dia (walaupun baru darjah 1 dan dia takde student darjah 1 pun yg main catur)... minta Nayli main dulu ikut kelab sekolah - tiap selasa, 1.40 petang... nanti-nanti kalau Nayli dah pandai main... nak belajar dgn 'pro-sifu' utk tambah skill lagi... ok... Mama akan bayar untuk kelab berbayar itu... asalkan Nayli minat dan belajar sungguh-sungguh main catur tu...

2 ulasan:

  1. salam maria. masih beraya sakan ke?
    Hmm.. budak2 tadika kpah pun selalu macam tu. Kadang2 duit tercicir cicir dan bila tanya takde yang mengaku. Kitorang simpan je sampai ada parents yang bertanyakan resit bayaran yuran anak dia mana hehe..

    BalasPadam
  2. Syukur Alhamdulillah... akhirnya jawaban muktamad telah ditemui ;)
    Moga Nayli berjaya dlm caturnya

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails