Selasa, 15 Mei 2012

makan-makan tanpa Ibu...

sambung lagi cerita pasal hari Ahad sempena Hari Ibu...

petang tu walaupun kepenatan baru lepas jamboree basikal... nak atau tak nak tetap juga kena hantar adik balik ke asrama dia... dan petang tu juga Abah suruh kami kumpul sekali dengan family Abg Long... kata Abah nak makan sama-sama... ok je la... nak kata apa lagi kan - dah Abah nak belanja... ;p

tapi sayangnya masa ni Mak dah balik kampung... jadi la makan-makan Hari Ibu tanpa Mak... sori Mak... nanti lain kali kita kumpul lagi ye...

masa makan tu tetiba je Maria tersebut 'dah lama kita tak makan ramai-ramai mcm ni kan?'... ye... kalau ikutkan dulu masa zaman Maria sekolah, Abah selalu je bawak kitaorg 4 beradik pegi makan di luar (masa dia dpt gaji...) tapi lepas tu sejak Maria habis sekolah... pegi sambung IPT... masa yg sama Abah dah kerja bawa bas ekspress KL-JB... jarang kitaorg dapat kumpul ramai-ramai... lagi-lagi la sejak masing-masing kahwin... balik raya pun kadang-kadang tak dapat kumpul sekali... :(

eh... gambar adik dengan abah je ada... gambar org lain takde... apa da... kata makan ramai-ramai... itu la... makan sampai tak hengat nak bergambar...
^_^

* Abang Long - tinggal di Seri Kembangan
* Maria - Sri Gombak
* Adik Uda - Simpang Renggam
* Adik Bongsu - Subang Bestari (asrama kolej)
~ macam mana nak kumpul sekali kan? ~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails