aduh... pagi-pagi dah dengar berita yang tak best - remaja perempuan berusia 15 tahun diculik ketika dlm perjalanan pulang ke rumah bersama adiknya...
kasihan sungguh pada remaja tersebut - Siti Nur Fatihah... mudah-mudahan dia dapat diselamatkan... dan semoga dia dilindungi dari sebarang perkara buruk...
sedih baca berita tsbt di Harian Metro... skrg ni kat mana-mana pun rasa tak selamat... asalkan anak perempuan tak kira umur berapa pun - tak bole dibiarkan pergi kemana-mana tanpa pengawasan orang dewasa... tak selamat langsung... huh...
*****
dan satu lagi berita muka depan Berita Harian... remaja yang diculik di shah alam telah dijumpai di Bangkok dlm keadaan kepenatan selepas berjaya melarikan diri...
syukur sebab dia dapat selematkan diri... tapi dlm masa yang sama - takutnya... nampak sangat sindiket menculik orang ni nak jual budak-budak remaja untuk jadi pelacur... jahat sungguh...
jadi... mana-mana ibu bapa hari ini... hati-hati lah... takpe kita kongkong anak sikit... janji selamat... kena terangkan pada anak kenapa kita kawal mereka...
sedihnya rasa - hilang nikmat kebebasan dibumi merdeka milik sendiri... :(
byk betul kes culik... malaysia dah tak aman... tp no 19 paling aman di dunia...
BalasPadam