Rabu, 4 Julai 2012

pasal laman pula..

asalnya plan nak letak gambar utk wordless... konon la... tapi mcm takde la best sangat... kita tukar topik la... ;p

lama Maria tak bercerita pasal laman di sini kan...
ye lah... dah ada blog khas utk taman kan... nak kata apa lagi...

tapi takpe la... kali ni nak share kebimbangan Maria terhadap laman Maria sendiri... 
asalnya Maria sangkakan ada kucing yg menceroboh laman Maria... kemudian kucing tu tinggalkan kesan najis di laman... biasalah... en.ejaM akan kutip najis tersebut... Maria akan cuci dan tabur sabun serbuk ditempat yg jadi jamban tersebut...

biasanya kaedah tersebut berkesan... dan kucing tak akan datang utk memerut di situ lagi... kucing tak suka bau wangi sabun tu... tapi kali ini Maria hairan... makin dibuang + cuci + sabun... makin banyak najis tersebut kelihatan... bertompok-tompok... diatas rumput pulak tu... dan kali ini untuk sepanjang 2 minggu lepas najis tersebut bukan lagi sprt najis kucing biasa... najis kali ini lembik macam najis cirit... bertepek-tepek merata laman... haih... 

mmg Maria angin... siap cakap dgn en.ejaM kalau Maria jumpa kucing yg cirit tu... harus Maria rotan buntut dia... geram... silap langkah kita terpijak najis dia... lalat tak usah cerita... banyak... :(
tapi sedikit keraguan timbul pd minggu ini... sbb dalam laman Maria... Maria jumpa biji-biji buah... tak tahu itu buah apa... besar dari biji rambutan... banyak... lebih 5 biji... 

kemudiannya... buah limau purut Maria turut dipetik... Maria ingatkan buah limau purut itu gugur... tapi semasa Maria jumpa buah tersebut ada kesan seperti cakaran kuku mungkin juga gigitan... agaknya bila 'binatang' tu cuba kupas limau tu, kulit dia rasa pahit dan masam... jadi dia buang balik... kot la...

dan semalam... Maria lihat pangkal pokok kantan Maria seolah-olah dicakar dgn kuku... boleh jadi juga di gigit... dua batang pangkal pokok dah lebam sbb rosak... 

emmm... mmg Maria tertanya-tanya... kerja binatang apa pula ini... dan najis itu... betul ke najis kucing?...
haduhai... misteri sungguh...

emm... tak nafikan laman Maria mewah buah skrg ini... ciku, jambu batu, limau kasturi, pisang... semua sedang berlumba utk membesar...

* kalau ada budget nak je pasang cctv... senang nak tengok sapa yg masuk laman kita malam-malam siang-siang... :(


11 ulasan:

  1. huih misteri sungguh.. risau juga kan :-)

    BalasPadam
  2. o'ooo.. macam mahkluk selain kucing jer yg buat kerja tu maria..

    BalasPadam
  3. hmm.. hasil perutan ni memang selalu buat kita naik angin. Binatang apa tu agaknya maria. Mungkin tupai ke. kat rumah bundo ni ada tupai kecik kecik. Kengkadang tersesat masuk dalam rumah. Tapi tak ada pula nampak dia buang najis atau menyelongkar.
    kena intai tu.. tengok binatang apa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la... dulu mmg ada kucing buat perangai... dah kena hambat dgn Maria... lama juga laman Maria bebas tahi kucing... ni dah ada balik... mmg ingatkan kucing punya kerja... tapi pelik takkan hari-hari kucing tu cirit... lepas tu beralih-alih tempat... hairan...
      tupai mmg ada masuk laman... tapi siang-siang... dan jarang nampak tupai jejak tanah...

      Padam
  4. ada la tu binatang lain.. musang tak??? kat kg baru ni pun kadang2 ada musang. tp takkan monyet kan.. nati cuba bgn tgh2 malam suluh sket.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bangun malam nak pegi suluh?... hihihi... idak la aku seberani itu... ;p

      Padam
  5. aneh ni. kalau mencakar pokok, dah tu makan buah pulak, ditambah dengan cirit merata. nak kena upah sherlock holmes ni :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. alahai... tak mampu la pulak nak bayar upah... ;p

      Padam
  6. kalau mencakar dan mkn buah, jamban merata, musang kot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. musang?... wow... ini tak pernah jumpa... kena spy ni besar mana budak nya... TQ lynn utk info...
      tak terfikir pulak ada musang kat area rumah...

      Padam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails