dah dua minggu ini... kakak laila semput balik... :(
minggu lepas 2 hari mc - doktor bagi kakak... suruh rehat dirumah... ambil ubat... Maria tak cuti... letak kakak kat rumah atuk je... tapi selalu call tanya dah makan ubat ke belum... pesan jangan makan itu, jangan makan ini... aduhai...
pagi ni kakak pegi klinik lagi (en.ejaM bawa)... dan kakak dapat mc lagi 2 hari... doktor kata faktor jerebu buat asma kakak jadi teruk... dan petang ni Maria kena balik awal untuk hantar kakak ambil 'Neb' - kakak kena ambil Neb tiap 8 jam utk hari ini...
Maria dah cakap dgn en.ejaM kalau kakak tak ok lagi bawa pergi Pusrawi terus jumpa Doktor Ruzini... tapi en.ejaM kata takpe, ambil ubat doktor ni dulu, kalau teruk sangat baru pegi Pusrawi...
jadi... hari ni Nayli sekolah sorang-sorang lagi... Maria risau sket sebenarnya kat Nayli ni kalau dia sesorang kat sekolah - risau sbb dia tak pandai jaga duit... karang duit belanja hilang tak bole nak makan + tak bole nak call Mama... hadui... ni sorang gak...
semalam juga Nayli ada beri surat dari pihak sekolah :-
Hari Terbuka SKSHAS (ambil report card) - 22/06/2012 (jumaat)
Hari Sukan Tahunan SKSHAS - 07/07/2012 (sabtu)
cuti peristiwa sempena sukan sekolah - 09/07/2012 (isnin)
emmm... elok la...
Maria pulak join Jamboree JW MTB pada 08/07/2012 (ahad)...
kelas kau Maria... bila masa nak kemas rumah gini?
* ada satu lagi surat pasal yuran PIBG sekolah - Maria lupa letak mana... hadui... :(
jerebu teruk sekarang, nak bawak anak keluar pun fikir 10 kali kan... baik dok rumah je kan
BalasPadamsekarang ni 'Perintah Berkurung' - diharamkan keluar rumah untuk kanak-kanak...
BalasPadamsiap pesan lagi kat Taska : kalau jerebu cuaca tak elok, jangan bagi Luqman main kat taman, takut nanti dia batuk + selsema... :(
kakak dah comfirm tak sihat... takmo la adik pun sakit kan...