Isnin, 13 Jun 2011

pelacur kelas pertama

arghhh... isu ni... 
actually kalau rajin baca surat khabar sure tau dah pasal isu ni dah 2 minggu lalu lagi... 
 
yg mana dibangkitkan oleh Naib Presidan persatuan isteri taat yg mensarankan agar isteri memberi layanan seperti pelacur kelas pertama kepada suami...
masa baca tu... mmg Maria geleng kepala la... apa da... nama je ada title doktor... apsal nak hinakan diri sampai mcm tu sekali... tp iye la... sapa la saya nak bersuara kan? eeeiii... tak nak aku sama level ngan pelacur... apa hal... martabat isteri ni mulia apa...

kendian dijawab oleh Dr. Mashitah yg tak bersetuju bila mana isteri nak dilabelkan mcm pelacur... mana bole letak taraf isteri mcm tu sekali kan... okeh... suke la saya bila baca... sbb ada jugak org sangkal pendapat mcm tu...

pastu ada lagi kenyataan balas daripada Presiden persatuan isteri taat tu sendiri... terang-terang dia mengaku berpakaian seksi dirumah utk menarik perhatian suami... alahai... ok... status dia isteri ke-2...
Maria nak tanya je satu soalan kat dia :-
'kak nko ada anak tak kat rumah?'

dulu...... Maria tak nafikan, Maria pun seksi dirumah, baju tanpa lengan atau seluar pendek tu biasa je... tapi tahu tak bila anak sulung Maria semakin membesar... dia semakin bijak... dan ayat dia yg buat Maria fikir panjang utk seksi di rumah bila dia berkata :-
'eeeiii... Mama tak malu pakai baju nampak ketiak masam'
 malu weh nak pakai seksi bila anak tegur mcm tu... ;p

jadi apa yg sesuai di rumah... tentu la yg sopan + selesa + sedap mata memandang... 
seksi itu subjektif pd mata lelaki... kalau dah nama suami tu sayang kan isteri, pakai baju kurung pun dia bole kata kita seksi jugak... gara-gara tak kancing butang baju kurung tu... nampak sikit (sikit je!) belahan dada... ;p
 
semalam pulak keluar lagi satu artikel yg masih berkait hal yg sama... kali ni di tanya pendapat Salih Yakob pulak... ok... dia pun tak setuju la pendapat tersebut... bagi dia nak jadikan isteri taat bukan sekadar layanan seks sahaja...

hari ni pendapat Mufti Kelantan pulak...
Layanan isteri yang baik terhadap suami tidak wajar disamakan sebagai layanan pelacur kelas pertama, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Beliau berkata, perbuatan menyamakan tugas seorang isteri melayani suaminya sebagai pelacur juga tidak berpandukan kepada peranan dan tanggungjawab sebenar isteri terhadap suami di sisi Islam.
 
 
arghhh... apa isu dia asal nye hah?... isteri taat layan suami ke?... pasal apa?... supaya suami tak cari lain lagi?... yg ke-3... ke-4?... ah... 
apasal la Maria bole baca isu mcm ni rasa cam bodo pun ada... huh... 
pada Maria kalau perkahwinan berlandaskan seks semata... mmg itu la jadi nya... tak abis2 pikir layanan seks mcm mana nak jaga suami... adooiiii kena study kitab kamasutra la pulak (hihihihi...) 
bagi Maria perkahwinan tu tanggungjawab... seks itu nikmat dalam perkahwinan...

 


12 ulasan:

  1. aku punya pendapat lain pulak kak..

    Sebenarnya, Dr tu nak ckp lain. Tapi penggunaan perkataan PELACUR tu sebenarnya yang tak berapa nak seswai..

    Maksud si Dr, bagi pahaman aku pulak, layan suami kena lebih..Orang lelaki, kita kena layan, perut dan nafsu dia. Yang aku paham lagi pulak, pelacur ni, bila dia layan pelanggan, beria ia, first class, tapi dia dapat habuan duit.
    Macam kita, harus layan laki beria ria jugak, sebab habuan kita adalah PAHALA...


    Sebenarnya statemen dia tak salah, cuma perkataan Pelacur tu tak seswai.


    Mungkin sebagai isteri, kita cuma pikir, bila nak layan suami, baring je, kaku, tunggu, habis..
    Patut sama sama buat peranan..itu je maksud DR tu..

    Apa salah isteri "shake that booty" or pakai lingerie dalam umah, mandikan suami, urut suami dulu...

    oh, pasal pakaian, betol, bila anak dah besar, kita sendiri segan. Bole jugak gunapakai, pakai lingerie bila dalam bilik je. Bila anak tido, kalu suami jenis suka mandi malam, (bilik air dlm bilik) cecepat bini masuk bilik, pakai lingerie, tunggu kat tepi katil..kejutan untuk suami kan?

    BalasPadam
  2. setuju ngan kak eja....hehe x thn anak kak maria ckp gitu....jd insaf jap T_T

    BalasPadam
  3. pergh kak maria.. teransang i pagi2 ni.. hahaha

    BalasPadam
  4. kak!
    i mis u.

    *tiada kaitan dengan entry*

    BalasPadam
  5. miss geli : akak dah agak nko mesti singgah punyer... hehehe... tak pe la... masa akak baca statement doktor tu mmg akak paham maksud dia... tapi akak tetap tak suke istilah dia... haduh... tak leh terima... la ni dah panjang pulak isu ni... tu yg heran tu...

    BalasPadam
  6. misscha : akak dah insaf lama dah ;p

    BalasPadam
  7. Lynn : pelacur pun tak suke kan... ;p

    BalasPadam
  8. Syida : miss u 2... lama tak jumpa... ;p

    BalasPadam
  9. Yang penting kita tak berbau bawang dan belacan masa suami ada kat rumah hikhik....

    BalasPadam
  10. hehehe... setuju dgn kenyataan akak... ;p

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails