Sabtu, 19 Mac 2011

antara kesidang dengan melur

okeh... entry kesinambungan dari cerita kesidang minggu lepas... utk kawan-kawan yg mula menanamkan minat terhadap pokok-pokok ini... ^_^

pokok kesidang dgn jambak bunga nya... ini mmg pokok yg Maria bela dirumah yerr...
bunga putih kecil-kecil banyak kuntum dalam satu jambak... berbau harum seperti bunga rampai... daun besar dan lebar... daun berwarna hijau muda dan hijau lebih gelap utk yg lebih tua... pokok dari jenis menjalar dan memanjat sekiranya disediakan para...
Kesidang juga dikenali sebagai bunga kerak nasi... sebahagian dipantai timur memanggilnya bunga tikam seladang... manakala nama saintifik dia Vallaris glabra

yang ini pula Melur... juga dari laman Maria... warna bunga juga putih... berbau wangi (ada org tak suke bau dia... katanya mcm bau minyak rambut org india...) bagi Maria, kalau cium bau dia dekat-dekat mmg bole pening... tapi klu bau dia dibawa angin masuk ke dalam rumah... mmg best!... bunga dia mempunyai banyak kelopak dan berlapis-lapis utk sekuntum bunga... setangkai bunga hanya ada 2-3 kuntum sahaja... daun pokok bersaiz kecil... berwarna hijau gelap... pokok jenis renek dan juga menjalar... tetapi tidak memanjat... Melur juga dikenali sebagai Jasmin... atau nama sainstifik dia Jasminum sambac

ok... sekian info utk hujung minggu...


4 ulasan:

  1. Bunga melur... sentiasa segar dan cantik

    BalasPadam
  2. mak sy punye pokok kesidang..menjalar2... atas pagar... ni x taw la apa nasib kesidang tu..sbb aritu kata ade org nk sewa umah tu....

    sy dr kecik suke melor.. kecik2 suke main la tp...

    BalasPadam
  3. Bangchik : sesekali layan lagu bunga melur pun best kan?

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails