errghhh... lewat update hari ni... pagi-pagi dah bz... ni lega sket...
k... meh check resepi laksa utara plak minggu ni...
Maria ambil resepi step by step dari blog
mamalieyna .... then baca kat fb
pn.stoberi pun dia update resepi laksa utara... elok je la minggu lepas mmg nak try buat laksa... ^_^
diorg guna mmg sama resepi... tapi kaedah penerangan pn.Stoberi lebih Maria suke... agak lebih detail untuk orang 1st time belajar buat laksa... mamalieyna plak dia bagi sukatan bahan mmg dah sukat betul-betul.... memang terbaik kombinasi dari dua org 'chef utara' ni... bahan diorg sume sama... kaedah diorg present je yg beza...
Maria salin semula : untuk kemudahan rujukan akan datang ye... korang... jgn marah plak eh...
resepi ni mmg sedappppp!!!
gambar ni presentation hidangan saya kat rumah... sebelum makan... ;p
Bahan-bahan :
1 peket laksa kering (nak basah pun bole)
10 ekor ikan kembong / sardin (pilih yg gemok banyak isi!)
20 tangkai lada kering
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci belacan (anggaran)
10-15 kpg asam keping (ni utk bagi dua - utk rebus ikan dgn utk kuah...)
2 kuntum bunga kantan
1 ikat daun kesum
Cara-cara :
1. Bersihkan ikan dan rebus. Rebus sekali dgn kepala .Masuk sekali asam keping dalam 4-5 keping.
2. Bila agak ikan tu dah masak, angkat dan sejukkan sebentar ikan, kemudian asingkan isi dgn tulang. Air rebusan jangan buang.
3. Blender isi ikan dulu, selepas tu blend segala kepala dan tulang temulang.
4. Masukkan isi ikan yg sudah diblend ke dlm periuk. Kemudian isi tulang temulang yg diblend juga... tapi tapis dulu sebelum masuk ye... takut ada tulang tersesat... ;p... Masukkan sekali air rebusan ikan tadi...
5. Kemudian kisar pula lada kering (kalau malas guna la cili boh...) bawang besar, bwg putih dgn belacan. Bila dah siap, tuang juga dalam periuk tadi...
6. Masukkan bunga kantan yg dah dibelah 2, daun kesom dan asam keping dalam 4-5 kpg lagi. Masak hingga kuah menggelegak. Perasakan garam dan asam, klu tak masam, campak asam keping lagi ;p
7. Tunggu didih semula. Kuah Siap.
Penyediaan (untuk makan)
Mee Laksa kalau pakai yg kering, rendam dulu selama setahun dua... kemudian rebus... angkat... toskan...
Bahan Ulam
Telur Rebus (belah dua), Timun (racik halus), Daun Selum / Salad (rasik halus), Limau Kasturi (belah la...) Bawang besar (potong nipis)
bubuh la dalam pinggan Mee Laksa + Ulam + Kuah = Jemput Makan ^_^